Euforia Bola 2026
Dapur

Minuman Halal Tapi Gaya Arak, Siap Guna Nama Pelik! Trend Peniaga Muslim Ini Makin Mengarut

MINUMAN HALAL

Isu penjualan minuman halal tetapi diolah menyerupai gaya dan budaya minuman keras kini mencetuskan kemarahan ramai umat Islam di Malaysia.

Apa yang membimbangkan bukan sekadar bahan kandungan minuman itu, tetapi pendekatan dan gaya persembahan yang secara jelas meniru budaya peminum arak, termasuk penggunaan nama-nama yang tidak sesuai selain mempromosikan nilai yang bertentangan dengan akhlak Islam.

Baca juga: Cara Buat Puding Karamel Pandan Tanpa Telur, Lembut Tergedik-Gedik Walaupun Tak Kukus!

MINUMAN HALAL TAPI DIJUAL GAYA ARAK, RAMAI TAK PUAS HATI

MINUMAN HALAL

Antara perkara yang menjadi perhatian adalah penghasilan produk minuman tidak beralkohol dalam bentuk ‘tequila shot’, lengkap dengan gelas khas dan cara penyajian seolah-olah sedang minum arak sebenar.

Lebih memburukkan keadaan, nama produk seperti “Tequila Shot Gang Bang” digunakan tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Muslim. Nama ini bukan sahaja tidak sopan, bahkan menyinggung dan menyemai unsur seksualisasi serta budaya maksiat yang asing daripada nilai ketimuran dan agama.

Perlu ditegaskan bahawa dalam Islam, hukum tidak hanya berpandukan kepada bahan yang halal semata-mata, tetapi juga bentuk penyampaian dan penyerupaan dengan perkara yang haram.

Ini termasuk menyerupai budaya orang bukan Islam yang bertentangan dengan syariat. Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam kalangan mereka.”

Hadis ini jelas memberi peringatan bahawa meniru amalan atau budaya yang sinonim dengan perbuatan maksiat, seperti budaya peminum arak, adalah sesuatu yang ditegah walaupun bahan yang digunakan halal.

Penjualan dan promosi minuman seperti ini menimbulkan persoalan besar tentang tanggungjawab sosial dan agama, terutama dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Usaha mempopularkan ‘minuman halal gaya arak’ bukan sekadar tidak sensitif, tetapi juga berisiko merosakkan persepsi dan nilai generasi muda terhadap larangan arak dalam Islam.

Lebih membimbangkan, tindakan ini dilihat seolah-olah cuba menormalisasi budaya minum arak dalam bentuk baru, sekaligus mengaburkan garis pemisah antara yang halal dan yang haram. Ia bukan sekadar isu produk, tetapi isu nilai, prinsip dan penghormatan terhadap syariat Islam.

Dalam jangka masa panjang, ia boleh menghakis kefahaman dan ketegasan umat Islam terhadap hukum-hakam yang telah ditetapkan.

Baca juga: Resepi Sup Kosong Ala Gerai Ini Dapat 20K Shares, Letak Bahan Ini Baru Lagi Puas Nak Hirup!

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×