Euforia Bola 2026
Sihat

Trend Minum Air Matcha, Tapi Awas! Minum Berlebihan Boleh Ganggu Kitaran Haid?

AIR MATCHA

Minuman matcha semakin popular dalam kalangan wanita kerana rasanya yang unik, kandungan antioksidan  tinggi dan kemampuannya untuk memberi tenaga. Namun, baru-baru ini timbul persoalan sama ada minum air matcha sebenarnya boleh mengganggu kitaran haid wanita. Mitos atau fakta?

Baca juga: Minum Kopi Waktu Pagi Sebenarnya ‘Sabotaj’ Kesihatan, Bukan Penyelamat Hilangkan Ngantuk?

MINUM AIR MATCHA BOLEH GANGGU KITARAN HAID

AIR MATCHA

Walaupun matcha mempunyai banyak manfaat kesihatan, pengambilan secara berlebihan boleh memberi kesan kepada keseimbangan hormon dan kitaran haid. Hal ini disokong oleh pandangan dalam Perubatan Tradisional Cina (TCM), yang mengklasifikasikan matcha sebagai bersifat “sejuk” atau “yin”.

Dalam konteks TCM, pengambilan makanan atau minuman yang terlalu sejuk boleh melemahkan rahim dan menyebabkan gangguan pada aliran darah haid.

Akibatnya, sesetengah wanita mungkin mengalami haid tidak teratur atau hanya keluar dalam kuantiti sedikit. Kandungan kafein dalam matcha juga boleh meningkatkan stres dan secara tidak langsung mengganggu hormon utama wanita seperti progesteron dan estrogen.

Wanita digalakkan untuk mengelakkan pengambilan matcha sekurang-kurangnya seminggu sebelum dan semasa haid. Ini bagi membantu melancarkan aliran darah haid dan mengurangkan risiko senggugut atau darah haid yang berketul.

Sebagai alternatif, pilih minuman yang lebih mesra kepada sistem reproduktif wanita seperti teh hijau hangat, teh barli, air lemon suam, teh bunga ros, teh oolong atau teh Pu Er.

Jika anda masih ingin menikmati matcha, hadkan pengambilan kepada 1–2 cawan seminggu dan elakkan meminumnya ketika sedang haid. Untuk sokongan kesihatan tambahan, ambil bersama makanan yang kaya dengan vitamin C bagi membantu penyerapan zat besi.

Kesimpulannya, matcha bukanlah minuman yang perlu dielakkan sepenuhnya. Namun, pengambilan secara bijak dan mengikut keadaan tubuh amat penting.

Baca juga: Doktor Temui 2kg Gumpalan Rambut Dalam Perut Remaja, Rupanya Dah 6 Bulan Tak Period!

Sumber: TikTok

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×