Euforia Bola 2026
Advertorial

Minat Seni & Reka Bentuk? Ini Laluan Kreatif Untuk Jadi Arkitek Pada Masa Depan

Apabila tiba masa memilih laluan pengajian selepas sekolah, ramai anak muda mula memikirkan tentang minat dan masa depan mereka.

Dalam pada masa yang sama, ibu bapa juga pastinya mahu melihat anak melangkah ke bidang yang bukan sahaja diminati, tetapi juga mempunyai potensi kerjaya yang cerah.

Bagi anda yang gemar melukis, membuat model, atau sering kagum melihat bangunan unik di sekeliling, minat itu sebenarnya boleh berkembang menjadi kerjaya profesional dalam bidang seni bina.

Lebih daripada sekadar lukisan pelan atau reka bentuk bangunan, seni bina adalah tentang mencipta ruang yang memberi makna kepada kehidupan manusia.

Ia membentuk cara kita tinggal, bekerja dan berinteraksi dengan persekitaran. Tidak hairanlah jika bidang ini semakin mendapat perhatian dalam kalangan generasi muda yang minat seni, kreativiti dan inovasi.

Seni bina hari ini lebih sekadar estetik

Arkitek masa kini bukan hanya fokus pada rupa bangunan. Mereka perlu mengambil kira alam sekitar, komuniti dan masa depan bandar.

Ia adalah gabungan antara kreativiti, teknologi dan kelestarian. Dari reka bentuk mesra alam hingga ruang yang meningkatkan kualiti hidup, arkitek hari ini membina lebih daripada sekadar struktur, dimana mereka membina pengalaman.

Apa yang pelajar akan belajar?

Sunway University kini memperkenalkan Bachelor of Arts (Honours) in Architecture, program yang direka untuk memberi pengalaman praktikal sebenar. Di sini, anda akan:

  • Belajar melalui studio hands-on, bukan hanya teori.
  • Menyertai projek sebenar dan eksperimen idea kreatif.
  • Mengasah kemahiran praktikal melalui aktiviti menarik yang mencabar imaginasi anda.

Dua laluan menarik untuk dipilih

Program ini menawarkan dua laluan unik yang sesuai untuk minat anda:

1. Experiential & Immersive Architecture
Fokus pada bagaimana ruang dan reka bentuk mempengaruhi pengalaman manusia. Anda akan belajar mencipta ruang yang bukan sahaja cantik tetapi juga memberi kesan positif kepada pengguna.

2. Bio-Integrated Architecture
Reka bentuk diinspirasikan oleh alam semula jadi dan menekankan kelestarian. Laluan ini mengajar anda bagaimana sistem semula jadi boleh memberi inspirasi kepada inovasi dalam seni bina.

Kenapa bidang ini relevan?

Bandar-bandar semakin berkembang, dan isu perubahan iklim menjadi cabaran global. Arkitek masa depan perlu lebih inovatif, kreatif, dan bertanggungjawab dalam mencipta ruang yang lestari dan mesra manusia.

Pilihan anda untuk belajar dalam bidang ini bukan tentang kerjaya semata-mata, tetapi dalam masa yang sama memberi impak kepada masyarakat dan alam sekitar.

Nak tahu lebih lanjut?

Temui peluang anda untuk menjadi arkitek masa depan dengan Bachelor of Arts (Honours) in Architecture di Sunway University.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang menghadiri Open Day pada 11 April 2026 & 12 April 2026, 10 pagi – 4 petang. sunwayuniversity.edu.my/open-day

Untuk maklumat lanjut, layari Program Architecture Sunway University.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×