Euforia Bola 2026
Famili

Kecoh Menu Pastri Di Suka Dessert Tak Halal, Auntie Ja Akui Kesilapan Sendiri Sebab Kurang Peka..

MENU SUKA DESSERT

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai salah satu menu Suka Dessert yang dikatakan tidak memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Siti Hajar Mohd Razali atau mesra disapa Auntie Ja, Pengasas Suka Dessert tampil memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.

Baca juga: Abang Usia 11 Tahun Tawan Hati Netizen, Buat 300 Gaya Rambut Kreatif & Comel Dekat Adik Perempuan

MENU SUKA DESSERT TAK HALAL? AUNTIE JA MINTA MAAF

MENU SUKA DESSERT

Dalam satu kenyataan rasmi, Auntie Ja mengakui bahawa pihaknya telah terlepas pandang dalam memohon sijil halal daipada JAKIM meskipun semua bahan mentah yang digunakan mempunyai sijil halal antarabangsa yang diiktiraf oleh JAKIM.

Auntie Ja menjelaskan bahawa fokus syarikat lebih tertumpu kepada pelaburan dalam mesin, latihan staf dan pengubahsuaian kedai, menyebabkan permohonan sijil halal tidak diutamakan.

Sebagai langkah susulan, Auntie Ja menyatakan bahawa Suka Dessert akan memohon sijil halal daripada JAKIM dan memastikan semua proses pematuhan halal dipatuhi dengan teliti.

“Assalamualaikum Darling. Berkenaan dengan isu Halal Jakim di dalam Suka Dessert, Auntie Ja sebagai seorang yang beragama Islam bertanggungjawab untuk memastikan punca bahan bahan yang digunakan dalam Suka Dessert adalah halal.

“Untuk pengetahuan semua, barangan import seperti dairy product dan non-dairy product dan sebagainya ada sijil Halal Antarabangsa yang diktiraf oleh Jakim.

MENU SUKA DESSERT

“Kesilapan dari Auntie Ja sendiri adalah melaburkan modal syarikat pada machines, kursus pembelajaran staff, renovation kedai baru dan Rnd tetapi Auntie Ja tidak mengutamakan permohonan sijil Halal dari Jakim. Auntie Ja cakna perkara ini dan akan segera meneliti dan mengusahakan untuk membuat permohonan Halal dari Jakim,” jelas Auntie Ja di laman media sosialnya.

Auntie Ja turut memberitahu pastri yang dijual di kafe Suka Dessert adalah berasaskan bahan halal yang diambil daripada pembekal beragama Islam.

Walau bagaimanapun, sebagai langkah menghormati pendapat pelanggan Auntie Ja akan menghentikan jual pastri “croissant” tersebut dan stok sebanyak 5580 biji akan diberikan secara percuma kepada mereka yang benar-benar yakin.

Tindakan pemilik kafe Suka Dessert ini dipuji kerana menunjukkan keprihatinan terhadap sensitiviti pelanggan beragama Islam untuk memperbaiki kekurangan yang ada.

Baca juga: Bas, Penghadang Jalan & Mesej ‘Mati’, Tiga Lukisan Arwah Mustaqim Sebelum Tragedi Seolah Petanda

Sumber: Instagram Suka Dessert

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×