Bagi anda yang mencari jalan menjana pendapatan menggunakan Facebook, berikut adalah langkah yang boleh dicuba seperti dilakukan oleh Nelly Marcus.
Jelasnya, untuk menjana pendapatan kaedah ini, anda perlu daftar menggunakan Facebook Professional Mode terlebih dahulu. Ikuti langkah penuh di bawah ini.
Baca juga: Ini Senarai Lokasi Kamera AwAS & Jenis Kesalahan Yang Dikesan, Elak Kena Saman!
CARA MENJANA PENDAPATAN GUNA FACEBOOK, MACAM ‘GAJI’

FBPro atau Professional Mode for Facebook Profiles adalah mod khas yang membolehkan anda menjana pendapatan, akses data pengikut, dan fungsi creator tools walaupun guna akaun profil peribadi, bukan Page.
Cara aktifkan FBPro (Professional Mode):
1. Buka aplikasi Facebook di telefon atau melalui browser (log masuk ke akaun FB anda).
2. Pergi ke profil anda sendiri.
3. Scroll sedikit ke bawah, cari butang “Turn on professional mode” atau “Hidupkan mod profesional”. Biasanya ada di bahagian bawah Bio, atau dalam tiga titik (•••).
4. Klik “Turn On” / “Hidupkan”.
5. Ikut arahan seterusnya, dan klik “Activate” / “Aktifkan”.
6. Siap! Akaun anda kini dalam mod profesional.
Jika butang tiada, cuba cara ini:
– Tekan tiga garis (menu) > pilih “Settings & privacy” > “Settings”
– Pilih “Profile settings” > cari “Professional mode”.
– Jika masih tiada:
- Tukar bahasa ke English (US).
- Guna browser (Chrome/Safari) dan cuba semula dari situ.
- Pastikan akaun anda aktif dan berumur 18 tahun ke atas.
Jadi untuk mula menjana pendapatan menggunakan Facebook, ini adalah caranya:
1. Kongsi gambar yang boleh tarik emosi, cerita atau inspirasi
Contoh dari gambar: kisah keluarga, suasana kampung, hadiah hari guru, cerita viral. Facebook suka cerita asli dan relatable.
2. Pastikan gambar disertakan dengan kapsyen menarik
Panjang sederhana, ada penceritaan, gaya santai.
Contoh: “Dorang cakap rumah pusaka mesti buruk…” – ini menarik perhatian.
3. Rajin dan konsisten
Post setiap hari atau selang sehari.
Gabung antara gambar nostalgia, kisah peribadi, viral semasa.
4. Engagement penting
Minta followers komen, like, share.
Balas komen untuk naikkan reach.
5. Pastikan setiap hantaran adalah public
Jika post tidak public, ia tidak dikira untuk monetasi.
Bonus tips:
- Gunakan gambar yang jelas, terang, dan tidak kabur
- Elak gambar copy-paste dari Google
- Letak watermark nama sendiri untuk elak orang curi
- Pantau dashboard earnings anda untuk lihat post mana paling banyak hasil
Mudah sahaja kan menjana pendapatan di Facebook? Semoga bermanfaat!
Baca juga: Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidiladha 2025 Pada 7 Jun (Sabtu) Depan
Sumber: Facebook Nelly Marcus
