Euforia Bola 2026
Sihat

Mata Nak Terlelap Lepas Makan Bukan Sebab Kenyang, Itu Petanda Anda Ada Penyakit Ini!

MENGANTUK SELEPAS MAKAN

Mengantuk selepas makan sering dianggap perkara biasa oleh ramai orang namun, hakikatnya mengantuk yang berlebihan selepas makan merupakan petanda kesihatan anda tidak baik.

Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Public Health Malaysia, apabila anda makan, paras gula dalam darah meningkat dan ini adalah proses normal.

Baca juga: Air Beroksigen Tinggi TAK Boleh Rawat Batuk & Paru-Paru, Jangan Mudah Percaya Benda Viral

MENGANTUK SELEPAS MAKAN BUKAN TANDA KENYANG TAPI ….

MENGANTUK SELEPAS MAKAN

Freepik

Walau bagaimanapun, jika setiap kali makan anda menghadapi sakit kepala, penglihatan kabur, degupan jantung sedikit laju, atau perlu berbaring sebentar, ini mungkin petanda bahawa paras gula naik terlalu tinggi dan turun secara mendadak.

Tubuh terpaksa bekerja keras untuk menstabilkan gula darah selepas pengambilan makanan berat dan inilah antara punca rasa mengantuk melampau.

“Ramai tidak sedar ia sebenarnya antara tanda awal masalah metabolik. Ia boleh menunjukkan sensitiviti insulin semakin lemah. Tubuh terpaksa keluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal gula naik mendadak dan akhirnya menyebabkan ‘sugar crash’ Rasa ini datang dalam bentuk mengantuk teruk, lenguh, letih dan brain fog,” jelasnya.

Sekiranya situasi ini berlaku berulang kali, ia bukan sekadar reaksi normal terhadap makanan. Mengantuk selepas makan adalah salah satu gejala diam yang kerap muncul sebelum prediabetes dapat dikesan.

Hal ini lebih parah dengan gaya hidup moden yang banyak duduk, pengambilan makanan tinggi gula dan minuman manis yang menjadi kebiasaan.

MENGANTUK SELEPAS MAKAN

Freepik

Tubuh sepatutnya lebih bertenaga selepas menerima nutrien baru, bukan mengalami keletihan yang melampau. Oleh itu, jika anda sering mengalami rasa mengantuk selepas makan adalah penting untuk menilai jenis makanan yang diambil.

Bagi memastikan parasa gula stabil, anda perlu mengurangkan minuman manis, memperlahankan pengambilan karbohidrat ringkas, serta menambah serat dan protein dalam hidangan.

Selain itu, pergerakan ringan selama sepuluh minit selepas makan juga terbukti berkesan mengurangkan lonjakan gula dalam darah.

Mengantuk selepas makan bukan masalah kecil yang boleh diambil ringan kerana itu merupakan isyarat awal bahawa tubuh sedang memberi amaran. Lakukan perubahan dalam pemakanan dan gaya hidup boleh memberi impak besar terhadap kesihatan metabolik jangka panjang.

Baca juga: Suami Hampir Diserang Sakit Jantung Kerana Vape & Minuman Tenaga, Wanita Kongsi Pengalaman Cemas

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×