Euforia Bola 2026
Asuh

Didik Anak Guna Cara Gentle Parenting Tak Salah, Kena Selitkan Unsur-Unsur Ini!

Mendidik Anak

Baru-baru ini berlaku perbalahan di media sosial mengenai cara mendidik anak yang dikatakan tidak sesuai dengan gaya yang lembut kerana bukan berlandaskan ajaran Islam. 

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian Mohd Fhais Salim di laman Facebooknya, ada beberapa cara didik anak dengan lembut tetapi masih mengikut cara parenting dalam Islam seperti perkongsian di bawah ini.

Baca juga: Cara Mudah Daftar TH Khairat, Perlindungan Sebanyak RM12,000 Jika Kematian & Hilang Upaya

CARA MENDIDIK ANAK GAYA LEMBUT TAPI ADA UNSUR ISLAM

Mendidik Anak

Yang kata tak nak amal gentle parenting sebab nak ikut parenting Islam boleh ikut kitab Tarbiyatul Aulad fil Islam Dr. Abdullah Nasih Ulwan ini ada 10 garis panduan asas dan penting dalam parenting.

1. Tarbiyah Al-Imaniyah

Didikan tentang iman atau akidah. Sejak awal usia kenalkan anak-anak pada Nabi, Rasul, malaikat & Allah SWT. Ada kenalkan tak?

2. Tarbiyah Al-Khuluqiyyah

Perihal akhlak, fokus pada pembentukan karakter dan moral. Tiga sifat utama kena tekankan lebih sikit iaitu jujur, amanah dan sabar. Kita ada tak sifat ini?

3. Tarbiyah Al-Jasadiah

Pendidikan jasmani pun dititikberatkan, kena jaga kesihatan fizikal anak-anak. Pilih makanan yang halal dan toyib, kecerdasan tubuh dan juga mental, bukan henyak sampai lunyai.

4. Tarbiyah Al-Aqliyyah

Turut ditekankan adalah kecerdasan akal. Digalakkan untuk menuntut ilmu, berfikir secara kreatif, belajar al-Quran dan ilmu ilmu lain.

5. Tarbiyah An-Nafsiyyah 

Dalam kitab ini pun ambil serius terhadap pendidikan jiwa, psikologi dan emosi anak-anak. Kanak-kanak perlukan keseimbangan perhatian, didikan, kasih sayang dan ketegasan untuk jadi matang..

6. Tarbiyah Al-Ijtima’iyyah 

Fokus sosial pun ada iaitu mengajar tentang adab dalam hubungan sosial, persahabatan dan tanggungjawab. Anak-anak perlu diajar adab seperti hormat tetamu dan saling tolong menolong.

7. Tarbiyah Al-Jinsiyyah 

Pendidikan seksual pun ada, beri kefahaman sesuai usia tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan, cara menjaga aurat dan kesucian diri.

8. Qudwah Al-Hasanah 

Contoh teladan yang baik kerana sangat menekan bahawa ibu bapa harus menjadi teladan baik dari sudut akhlak, ibadah, dan kehidupan seharian yang bakal anak-anak contohi.

9. Tsawab wa Al-‘Iqab 

Ganjaran dan hukuman. Seni marah dan memberi ganjaran kepada anak perlu seimbang juga. Ini adalah cara ibu bapa yyang holistik.

10. Nasihah wa Al-Hiwar 

Nasihat dan dialog. Kita tak boleh malas menegur dan menasihati anak-anak. Teguran juga perlu ada hemah dan hikmah supaya anak-anak dapat menerimanya dengan baik.

Kalau betul ikut cara parenting islam pun pasti lengkap kerana merangkumi keimanan, akhlak, jasmani, intelektual, psikologi, emosi, sosial, dan seksual.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Empat Waktu Ini Penuh Dengan Keberkatan, Rugi Kalau Buat Aktiviti ‘Lagho’

Sumber: Facebook Mohd Fhais Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×