Euforia Bola 2026
Famili

Memperkasa Wanita, Ubah Komuniti: Sertai Usaha WOW Hari Ini!

Tahukah anda sejak tahun 2016, Women Of Will telah memulakan usaha memperkasakan kaum wanita? Tindakan ini diambil kerana mereka sedar akan potensi dan kemampuan kaum wanita untuk mengubah nasib sesebuah komuniti masyarakat.

Kini WOW telah berjaya memperkasakan lebih daripada 2,900 wanita di lebih 45 komuniti berpendapatan rendah di Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Sabah.

Bukan itu saja, lebih daripada 110 pemimpin komuniti telah dilatih dan ianya memberi kesan positif kepada lebih 20,000 individu setempat.

Fokus utama WOW adalah memperkasakan wanita dari golongan B40, terutamanya ibu tunggal yang menjadi tulang belakang keluarga.

Mereka bukan sahaja berhadapan dengan kekangan ekonomi, tetapi juga perlu mengimbangi tanggungjawab sebagai ibu, isteri dan usahawan, semuanya demi masa depan keluarga yang lebih baik.

Program WOW: Mengubah realiti kehidupan

Melalui program WOWED (Pembangunan Keusahawanan) dan CLDP (Pembangunan Kepimpinan Komuniti), ramai peserta telah membuktikan bahawa perubahan boleh berlaku.

Apa yang lebih membanggakan ialah 96% peserta masih menjalankan perniagaan mereka walaupun program telah tamat. Selain itu, pendapatan bulanan para peserta meningkat secara purata sebanyak lebih daripada 30%.

Lebih menarik lagi, 83% peserta berjaya belajar kemahiran baru, mengembangkan perniagaan dan memimpin inisiatif-inisiatif baru komuniti.

Nak Bantu? Banyak cara anda boleh sertai…

Kalau anda nak sertai usaha murni mereka ini, WOW ada membuka peluang untuk individu, korporat dan organisasi untuk bersama-sama mencipta perubahan. Ada beberapa cara yang anda boleh pertimbangkan:-

1. Daftar sebagai sukarelawan

Minat dalam keusahawanan sosial? Miliki kepakaran dalam latihan, memotivasi pasukan, atau nak turun padang bantu komuniti? Jom daftar sebagai sukarelawan!

Daftar di sini: www.womenofwill.org.my/take-action

2. Sumbang RM50.

Tahukah anda dengan RM50 anda dah boleh biayai satu sesi latihan kemahiran untuk seorang wanita dan sediakan satu pek nutrisi untuk keluarga yang memerlukan?

Sumbang sekarang melalui www.womenofwill.org.my/support-wow-5

3. Jadi rakan strategik

Disamping itu, WOW juga mengalu-alukan kerjasama strategik dimana anda boleh adopt satu komuniti atau sokong program dalam bidang keusahawanan, kepimpinan, pertanian organik, kesihatan dan pemakanan.

Ingat… ‘Empower Women, Empowering Communities’.

Bila seorang wanita diberi peluang dan sokongan, dia bukan saja boleh ubah nasib diri sendiri, malahan seluruh komuniti.

Jadi, Jom jadi sebahagian daripada perubahan ini.

Nantikan kisah inspirasi pemimpin komuniti…

Last but not least, jangan lupa untuk baca dan tonton kisah empat pemimpin wanita hebat dari Kedah, Lembah Klang dan Sabah yang telah berjaya melonjakkan diri dan komuniti mereka selepas menyertai program WOW.

Kisah mereka sedang dirakamkan. Nantikan kemunculannya tidak lama lagi di laman sosial WOW.

Ikuti Facebook dan Instagram WOW untuk hebahan terkini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×