Bagi ibu-ibu yang sedang bersusah payah membesarkan anak-anak di luar sana, ketahuilah bahawa mom-shaming berlaku apabila seorang ibu mengkritik ibu yang lain. Perbuatan mom-shaming tidak boleh dibiarkan, tetapi ia juga tidak boleh dibalas kerana tanpa disedari, anda mungkin akan menjadi seperti mereka.
Ingatlah bahawa setiap ibu dan anak adalah berbeza, jadi kritikan boleh diambil jika sesuai dengan keadaan anda. Ingat, hanya anda yang tahu apa yang terbaik untuk anakmu, dan yakinlah bahawa apa yang anda lakukan adalah untuk kebaikan mereka. Nak tahu lebih lanjut mengenai mom-shaming dan cara mengatasinya, ikuti perincian di bawah.
Baca juga: Ibu~ Buat 5 Gaya Tangan Ini Bila Dukung Anak, Baru Tak Sakit Pergelangan!
MEMBESARKAN ANAK SAMPAI KENA ‘MOM SHAMING’
Apa itu ‘mom-shaming’?
Mom-shaming berlaku apabila kelakuan seorang ibu mengkritik ibu yang lain. Biasanya kritikan ini berkaitan dengan kaedah kelahiran yang dipilih, corak keibubapaan, penyusuan susu ibu, penggunaan susu formula atau apa sahaja yang berkaitan dengan anak.
Contoh mom-shaming adalah seperti berikut:
- “Macam itu ke awak gendong anak?”
- “Orang tua macam mana yang biarkan anak tidur macam itu?”
- “Baru bersalin, nak diet, lebih baik makan lebih supaya susu ibu mengalir dengan lancar!”
- “Macam mana, rumah awak bersepah ni? Walaupun saya mempunyai dua anak di rumah, saya masih boleh membersihkannya.”
Tindakan di atas, seolah-olah menunjukkan bahawa dia lebih baik dan lebih hebat dalam membesarkan anak berbanding ibu lain yang dikritiknya. Sementara perasaan wanita yang dikritik itu akan berasa malu, bersalah dan tidak layak untuk menjadi seorang ibu.
Baca juga: ‘Parents’ Tak Sedar Buat 6 Tanda Ini Sebenarnya MEMBULI ANAK, Bila Besar Dia Buli Orang Lain Pula!
CARA MENANGANI PERILAKU ‘MOM-SHAMING’
Secara dasarnya, semua ibu ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Menjadi seorang ibu cukup sukar tanpa kritikan daripada ibu lain yang berasa lebih baik. Jadi, begini cara mengendalikan tingkah laku mom-shaming seperti disiarkan portal Blackmores.
1. Tidak cepat melenting apabila dikritik
Terima hakikat bahawa menjadi ibu bapa tidak akan terlepas daripada kritikan. Dengan kata lain, anggap ia sebagai satu cabaran. Juga, tingkah laku mom-shaming tidak memerlukan anda untuk memberi respon.
2. Cuba fahami tindakan pelaku yang mengkritik
Fahami bahawa memberikan kritikan boleh membuat pelaku berasa dirinya lebih baik. Jika yang melakukan mom-shaming adalah ibu anda sendiri, mungkin dia ingin terlibat dalam membesarkan anak.
Perbuatan mom-shaming selalunya ingin menutup rasa tidak selamat individu itu tentang perkara yang mereka harap boleh lakukan secara berbeza.
Bagi sesetengah ibu, yang mungkin mempunyai anak yang sudah dewasa, mom-shaming adalah cara untuk memberitahu anda supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.
3. Dekatkan diri dengan mereka yang kuat menyokong
Luangkan lebih banyak masa dengan orang yang setia menyokong anda. Kurangkan dan hadkan interaksi dengan para ibu, rakan dan keluarga yang suka melakukan mom-shaming.
Baca juga: Tips Jadi Ayah Yang Hebat Ada 10, Anak-Anak Memanjang Je Nak ‘Melekat’!
Baca juga: Pelajar Jual ‘Soft Cookies’ Di Sekolah Jana RM300 Sehari, Tapi Terbantut Dihalang Ketua Pengawas!
4. Jangan mudah terpengaruh

Gambar: GrooveZ – Shutterstock
Jangan terpengaruh dengan rakan-rakan yang kelihatan mudah dan sempurna keibubapaannya, lebih-lebih lagi jika melihatnya di media sosial.
Ingat, tidak semua perkara yang dilihat di media sosial itu sama dengan dunia realiti.
5. Percaya naluri ibu dalam diri anda
Apa yang anda anggap sebagai kritikan mungkin bentuk kejahilan terhadap individu yang melakukan mom-shaming. Misalnya, mereka tidak tahu sebab sebenar anda berhenti atau tidak menyusukan bayi anda, atau cara anda mendisiplinkan anak anda.
Anda lebih mengenali anak anda daripada orang lain. Percayalah pada naluri ibu dalam diri tentang apa yang terbaik untuk anak anda.
6. Tambah ilmu keibubapaan anda
Tingkatkan pengetahuan anda daripada sumber yang dipercayai seperti buku, jurnal atau seminar mengenai kesihatan atau keibubapaan. Jangan jadi seperti mereka!
Disebabkan diri terluka, membalas orang yang telah mengkritik anda atau membuat mom-shaming pada ibu baru yang lain. Perbuatan ini akan terus berlaku tiada kesudahan.
Baca juga: Letak Bantal Bawah Punggung Semasa ‘Bersama’ Khabarnya Bantu Hamil Cepat, Mitos Ke Fakta?
Sumber: Blackmores
FT Image: pregnantchicken

