Euforia Bola 2026
Famili

Mayat Ibu & Anak 3 Tahun Ditemui Terapung Di Laut Berhampiran Jeti Pulau Ketam!

mayat ibu dan anak

Pagi yang tenang di Jeti Pulau Ketam bertukar suram apabila mayat ibu dan anak perempuan ditemui terapung di laut, mencetuskan kesedihan dalam kalangan penduduk setempat.

Kejadian tragis itu berlaku sekitar jam 7.30 pagi Rabu, apabila seorang lelaki tempatan berusia 56 tahun terlihat kelibat seorang kanak-kanak perempuan terapung di perairan berhampiran jeti.

Baca juga: 3 Lagi Rakaman Suara Tular Antara Arwah Zara & Ibunya, Disahkan Oleh Peguam!

TRAGEDI MAYAT IBU DAN ANAK TERAPUNG

mayat ibu dan anak

Gambar Sinar Harian: Mayat seorang wanita dan anak perempuannya berusia tiga tahun ditemukan terapung di perairan berhampiran Jeti Pulau Ketam, di sini pada Rabu.

Tanpa berlengah, dia terus melompat ke dalam air dengan bantuan beberapa orang awam untuk menyelamatkan mangsa. Namun, usaha mereka berakhir dengan duka.

“Kanak-kanak itu sudah tidak bernyawa sebaik sahaja kami naikkan ke jeti,” kata seorang petugas Klinik Kesihatan Pulau Ketam yang tiba di lokasi bersama anggota polis.

Tidak lama kemudian, satu lagi mayat iaitu seorang wanita dewasa juga ditemui terapung di lokasi berhampiran. Wanita itu turut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Baca juga: Budak Kecil Buka Seluar Kencing Dalam Kedai, Si Ibu Buat Bodoh & Hulur RM8 Kepada Pekerja!

mayat ibu dan anak

Gambar Berita Harian (tangkap layar video tular): Mangsa dipercayai wanita tempatan berumur 41 tahun dan anak perempuannya berumur 3 tahun.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Superintenden Kamalariffin Aman Shah, hasil pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar menemukan sebuah beg yang mengandungi dokumen milik kedua-dua mangsa.

“Siasatan awal mengenal pasti mangsa merupakan wanita tempatan berusia 41 tahun dan anak perempuannya berumur tiga tahun,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pasukan Forensik dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor menjalankan pemeriksaan awal ke atas kedua-dua mayat.

“Tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada tubuh mangsa,” tambah beliau.

Mayat ibu dan anak itu telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk proses bedah siasat bagi menentukan punca kematian sebenar. Polis juga telah membuka satu kertas siasatan mati mengejut (SDR) berhubung kejadian tersebut.

Kamalariffin turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-3376 2222 atau hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Baca juga: Netizen Bengang 3 Remaja Beri Nasi Tulang Ayam Kepada Gelandangan, Walau Sekadar Eksperimen Sosial

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian / Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×