Jangan pandang ringan bila anak lelaki mengadu sakit di bahagian telur lelaki kerana mungkin bukan sekadar sakit biasa. Hal ini kerana, ia boleh jadi tanda masalah serius seperti testicular torsion atau ‘telur berputar’ yang memerlukan rawatan segera bagi mengelakkan kerosakan kekal.
Menurut Dr. Aima Hassan, masalah ini boleh berlaku secara tiba-tiba, terutama dalam kalangan remaja lelaki. Jika tidak dirawat dengan segera, testis boleh kehilangan aliran darah dan menjadi tidak dapat diselamatkan.
Baca juga: Penyakit HFMD Kembali ‘Menyerang’, Ketahui 10 Tanda Ini Agar Cepat Terima Rawatan!
MASALAH TELUR LELAKI BERPUTAR

Gambar: Dr Aima Hassan
Emak dan ayah, kalau anak lelaki mengadu sakit tiba-tiba bahagian telur, elak daripada ambil ringan ‘complaint’ mereka.
Ada pemeriksaan ultrasound, bila diminta, kami memang boleh kata jatuh hukum wajib untuk buat tanpa tangguh. Tak kisah waktu yang mereka minta.
Masalah testicular torsion (telur berputar)
Testicular torsion salah satunya. Testicular torsion, saya pasarkan bahasa jadi testis atau telur berputar.
Telur orang lelaki ini, dia tergantung dalam kantung oleh spermatic cord yang bersambung ke bahagian dalam abdomen. Dalam spermatic cord ini ada macam-macam struktur, termasuklah saluran darah keluar masuk ke testis.
Torsion of the testis ini jadi bila spermatic cord dan testis itu terputar/terpilin/twisted. Ini boleh sebabkan aliran darah ke bahagian testis terganggu.
Insiden torsion ini banyak jadi pada remaja lelaki. Tapi tak bermaksud tak boleh kena pada kumpulan umur yang lain.
Kenapa ia adalah sejenis emergency?
Hal ini kerana, kalau torsion terjadi dan aliran darah ke testis terhenti terlalu lama, ada risiko untuk testis itu ‘rosak’ dan tak dapat nak diselamatkan.
Baca juga: Gara-Gara Bergaduh, Ibu Denda 2 Anak Jalan Kaki Balik Rumah Sambil Pegang Tangan, Tuai Pujian Ramai!
Simptom testicular torsion
Simptom biasa:
- Sakit pada bahagian skrotum secara tiba-tiba, kebiasaannya belah kiri.
- Skrotum bengkak.
- Posisi salah satu testis itu sama ada lebih tinggi dari asalnya atau dalam keadaan melintang.
- Loya, muntah.
- Kerap kencing.
Tindakan pakar
Biasanya kami di radiologi akan bantu diagnosis dengan buat ultrasound pada bahagian skrotum.
Paling utama sekali adalah untuk menilai aliran darah ke testis dan untuk cari tanda yang beri high suspicion of torsion pada spermatic cord. Kalau positif torsion, satu-satunya cara untuk selamatkan telur itu adalah dengan pembedahan.
Tapi harus diingat, penyebab sakit pada bahagian telur itu bukanlah torsion semata.
Paling penting, kalau anak-anak mengadu (atau sendiri yang alami), silalah ke klinik berdekatan untuk diperiksa dengan teliti.
Baca juga: Bayi 2 Bulan Disyaki Didera Ibu Ayah Kini Bertarung Nyawa Di Hospital, Tergamaknya!
Sumber: Aima Hassan
FT Image: 123RF
