Perangai toksik merupakan salah satu masalah di tempat kerja yang sering terjadi. Anda bukan sahaja boleh dapat rakan sekerja yang toksik, kadang-kadang itu sekali pakej dengan majikan yang sebegitu rupa perangainya. Memang menguji kan?
Ia berlaku hampir kepada semua orang yang bekerja di dalam organisasi, termasuklah pada seorang wanita ini yang terpaksa berhadapan dengan sikap majikannya yang bersikap toksik.
Baca juga: Individu Dedah Kandungan Sebenar Emas Buat Ramai Teruja, Jenis 950 Lebih Mahal Ada 95% Emasnya!
MASALAH DI TEMPAT KERJA MAJIKAN YANG TOKSIK

Gambar: Tangkap layar dari laporan media tempatan berkenaan luahan wanita tersebut yang tak lulus AL.
Melalui laporan media tempatan, wanita tersebut telah berkongsi luahan pengalaman pahitnya menerusi satu perkongsian di Tiktok.
“Apabila anak kau sakit, kau mohon cuti dengan alasan ‘bawa anak pergi check-up’. Anak kau memang ada masalah paru-paru.
“Tapi GM (pengurus besar) reject cuti kau dan tinggalkan notes,” tulisnya memulakan cerita.
Seperti dinyatakan, wanita tersebut memohon cuti tahunan (annual leave) untuk membawa anaknya ke hospital pada borang permohonan cuti.
Malangnya, permohonannya itu tidak diluluskan. Bukan itu sahaja, pengurus besar di syarikatnya bekerja turut meninggalkan nota bertulis, “kenapa syarikat kena bertanggungjawab?”
Baca juga: 10 Remaja Cemas Lepas Suntik Ubat Kuat, Zakar Berubah Hitam & Dr. Terpaksa Bedah Separuh!
Syarikatnya tiada istilah akta dan suka hati ‘burn’ cuti pekerja!

Gambar: Tangkap layar dari laporan media tempatan berkenaan luahan wanita tersebut yang tak lulus AL.
Hal ini sekali gus, membuatkan dia berasa tidak puas hati. Berikut merupakan ayat-ayat luahan dilontarkan wanita itu yang bersumberkan dari laporan media.
“Sedangkan orang lain semua boleh apply half day. HR (sumber manusia) sendiri apply half day. Eh tiba giliran aku tak boleh pula. Main jiwa betul, sebab aku suka melawan kot.
“Company ini nak tahu urusan apa. Tapi kroni-kroni dia tulis ‘balik kampung ambil anak,’ okay je dia approve. Cuma kita tak masuk kabel.
“Syarikat ini tak ada istilah akta. Dia nak burn cuti orang ke, nak buang orang ke, ikut dan (kepala) dia je. Company besar tapi confirmation letter pun tak pernah dapat sampai dah berhenti.
“Sekarang company baru, Alhamdulillah sangat memahami,” luahnya lagi.
Baca juga: Kenali Toksik Maskuliniti, Lelaki Juga Harus Dilindungi Bukan Wanita Sahaja
Heret majikan langgar hak pekerja – nasihat warga maya
Isu ini sememangnya berjaya menarik perhatian warga maya kerana ramai dalam kalangan mereka yang juga pernah mengalaminya.
Malah, mereka juga menasihatkan mana-mana pekerja agar jangan takut untuk bersuara dan mengheret majikan yang melanggar hak pekerja kepada pihak berwajib sebagai pengajaran.
Baca juga: “Macam Mana Nak Cuba Sayang Diri, Ya?” Buat 5 Tips Ajaib Ini, Rasa Gembira & Damai Yang Dicari!
Sumber: MStar
