Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Masak Nasi Lemak Lembut Berderai, Elok Kejadiannya Kalau Ikut Tips Ini!

MASAK NASI LEMAK

Masak nasi lemak kelihatan senang namun jika salah teknik hasilnya boleh menjadi terlalu lembik, mentah di bahagian tengah atau tidak beraroma seperti yang diharapkan.

Kesempurnaan masak nasi lemak bergantung kepada keseimbangan antara sukatan air, santan, serta penggunaan bahan aromatik yang tepat seperti perkongsian Nor Azura Mohd.

Baca juga: Resepi Kuih Keria Keledek Ungu Gebu & Lembut, Sekali ‘Ngap’ Rasa Macam Kapas!

CARA MASAK NASI LEMAK LEMBUT, IKUT TIPS INI

MASAK NASI LEMAK

Hari ini saya nak kongsi satu tips masak nasi lemak yang lembut, berderai dan sedap, cara yang ini saya guna setiap hari, mudah dan tak renyah.

Saya masak hari-hari dalam kuantiti agak banyak (kurang-kurang 4kg beras), jadi bolehlah kiranya dijadikan rujukan untuk sesiapa yang nak cuba.

1. Sukatan air & beras – 1:1

Asas paling penting adalah sukatan air dan beras yang tepat. Saya guna:

1 pot beras = 1 pot air

Selepas itu baru masukkan santan ikut kesesuaian. Kalau nak nasi tu lebih lemak, boleh tambah santan tetapi jangan berlebihan kerana nasi akan menjadi lembik dan tak cantik.

2. Sukatan santan

Sebagai anggaran:

500ml santan untuk 1kg beras. Ini boleh diubah sedikit mengikut tahap kelemakan yang dikehendaki.

3. Garam

Garam juga penting untuk rasa nasi yang seimbang. Saya guna 1 sudu makan garam (rata) untuk 1 cupak beras

4. Bahan aromatik

Letak bahan-bahan yang wangi supaya nasi berbau harum semerbak. Antaranya:

  • Daun pandan
  • Serai
  • Halia

Kalau suka, boleh juga tambah halba, bawang atau bahan aromatik lain ikut selera masing-masing.

5. Cara masak guna rice cooker

Saya masak nasi lemak guna rice cooker tetapi ada beberapa langkah penting untuk dapatkan hasil yang elok:

  • Masak macam biasa guna rice cooker
  • Bila nasi dah masak, biarkan dalam mode “warm” selama 5 minit
  • Gembur nasi sebab biasanya kepala santan akan timbul di permukaan
  • Lepas digembur, biarkan lagi sekurang-kurangnya 10 minit, baru tutup suis

Saya tak letak bahan tambahan lain seperti:

  • Gula
  • Aji (MSG)
  • Minyak
  • Butter

Kesimpulannya, dengan cara ringkas masak nasi lemak ini, insyaAllah hasilnya akan jadi lembut, berderai, dan cukup rasa. Semoga bermanfaat buat semua. Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Roti Paratha Daging Untuk Minum Petang, Inti Padat & Kulit Rangup Memang Sedap!

Sumber: Facebook Nor Azura Mohd

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×