Seorang wanita di aplikasi Threads mendedahkan bahawa adik perempuannya menjadi mangsa kecuaian selepas bersalin secara normal di salah sebuah hospital di Kubang Kerian pada 6 Ogos lalu.
Menurut wanita itu, adiknya mengalami sakit-sakit di bahagian bawah selepas bersalin, namun pada mulanya menyangka ia hanya kesan biasa. Dia juga memaklumkan terdapat cecair putih keluar sedikit-sedikit semasa membuang air kecil, tetapi tetap beranggapan ianya normal.
Baca juga: Hantaran Kahwin Ini HARAM Dibagi, Jaga-Jaga Takut Tersalah Beli Untuk Pasangan Nanti…
MANGSA KECUAIAN HOSPITAL, KAIN KASA TERTINGGAL DALAM MISS V
Namun, tiga hari kemudian, adiknya menyedari ada sesuatu keluar dan bertanya kepada jururawat yang menjaganya semasa di hospital. Jururawat tersebut memberitahu bahawa kemungkinan terdapat tampon atau kapas yang tertinggal selepas proses jahitan dilakukan.
Wanita berkenaan menyifatkan kejadian itu sebagai satu bentuk kecuaian, dan memaklumkan bahawa adiknya telah kembali ke hospital untuk berjumpa semula dengan doktor yang merawatnya. Dia juga memohon pandangan orang ramai tentang apakah tindakan yang boleh diambil dalam situasi seperti ini.
“Adik saya bersalin secara normal pada 6 Ogos. Selepas bersalin, dia ada memaklumkan bahawa dia mengalami rasa sakit-sakit di bahagian bawah. Dia sangka itu hanya kesan biasa selepas melahirkan.
“Dia juga memberitahu bahawa setiap kali membuang air kecil, ada keluar cecair putih dalam kuantiti sedikit. Dia masih menganggap itu perkara biasa. Namun, tiga hari kemudian, dia mendapati ada sesuatu keluar dari bahagian sulitnya.
“Dia kemudian bertanya kepada jururawat yang menjaganya mengenai perkara tersebut. Jururawat itu memaklumkan bahawa kemungkinan terdapat tampon atau kapas yang tertinggal selepas prosedur jahitan dilakukan.
“Hari ini, adik saya telah kembali semula ke hospital tersebut untuk berjumpa doktor yang merawatnya. Kesian melihat keadaan dia sekarang. Apa tindakan yang patut kami ambil dalam situasi sebegini,” jelasnya.
Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet yang rata-ratanya terkejut dan bersimpati. Ramai tampil berkongsi kisah masing-masing yang turut melibatkan kesan buruk selepas bersalin akibat kelalaian seperti itu.
Perkongsian ini pastinya mengundang rasa marah dan kecewa dalam kalangan netizen, yang menyifatkan perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di hospital.
“Ini bukan kes terpencil. Dah banyak sangat kes macam ni. Kalau benda tu tak keluar sendiri, boleh jadi jangkitan teruk. Jangan pandang ringan,” komen pengguna media sosial.
Ramai juga yang menyarankan agar laporan rasmi dibuat kepada pihak hospital dan Kementerian Kesihatan Malaysia, agar siasatan boleh dijalankan dan tindakan sewajarnya diambil.
Kejadian ini menjadi peringatan tentang pentingnya penjagaan selepas bersalin, serta keperluan untuk pesakit dan waris peka terhadap tanda-tanda yang tidak normal selepas keluar hospital.
Baca juga: Hanya Dapat Goodies Kalau Bagi Duit Salam Kaut, Tetamu Anggap Tuan Rumah Tak Cukup Bajet
Sumber: Threads
