Euforia Bola 2026
Sihat

Kini Rahsia Tun M Dah Terbongkar, Kajian Saintifik Buktikan Tonton Video Kucing Beri Kesan Positif!

video kucing

Jika anda sedang mencari cara kurangkan stres secara semula jadi, mungkin anda boleh ikut “rahsia terbesar” Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu dengan menonton video kucing!

Sempena ulang tahun ke-100 Tun M, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq tampil mendedahkan satu kenangan mencuit hati yang berlaku di Parlimen, berkait dengan bekas Perdana Menteri itu.

Baca juga: Bahaya Chemsex – Guna Dadah Untuk Kepuasan Sek*, Ramai Terjebak Berisiko Terkena HIV

MANFAAT TONTON VIDEO KUCING, RAHSIA TUN M!

video kucing

Instagram YB Syed Saddiq

“Saya rasa dah tiba masanya saya dedahkan rahsia terbesar Tun M. Rahsia macam mana Tun boleh kekal muda, sihat, dan rileks semacam walaupun tengah ‘berperang’ di Parlimen,” tulis Syed Saddiq di media sosial.

Menurut beliau, Tun Mahathir pernah dilihat asyik menonton video kucing dan siap gelak sendiri sambil menyaksikan aksi si bulus berlari dan melompat bermain air.

Kelakar, tapi sebenarnya ada penjelasan saintifik di sebalik tabiat ini!

Baca juga: Rahsia Orang Lama Rawat PCOS, Dengan 6 Petua Ini Haid Jadi Lancar & Hormon Pun Stabil!

Bukan sekadar comel, tapi terapi percuma!

video kucing

Instagram YB Syed Saddiq

Menurut satu kajian oleh Dr. Jessica Gall Myrick dari Indiana University yang dikongsi semula oleh Public Health Malaysia (PHM), lebih 7,000 responden mendedahkan mereka berasa:

  1. Majoriti responden melaporkan bahawa mereka berasa lebih gembira, tenang dan bertenaga selepas menonton video kucing.
  2. Pada masa yang sama, emosi negatif seperti tekanan, kebimbangan dan kesedihan berkurang dengan ketara.

Kajian ini menunjukkan bahawa video kucing bukan buang masa, sebaliknya ia memberi kesan psikologi yang nyata dikenali sebagai “mini emotional reset”. Ia membantu otak untuk berhenti seketika daripada tekanan harian dan memberi ruang untuk kembali bertenang.

“Lain kali bila anda rasa tertekan, penat atau moody… scroll dan cari video kucing,” tulis PHM.

Jadi tak hairanlah kalau Tun Mahathir yang berusia 100 tahun masih tampak relaks dan cergas, mungkin sebab rutin ringkas seperti menonton gelagat kucing comel jadi terapi harian yang menyegarkan minda.

Baca juga: AWAS! Bekerja Waktu Malam Boleh ‘Rosakkan’ Badan Secara Perlahan-Lahan Tanpa Sedar

Sumber: Instagram Syed Saddiq / Facebook PHM

FT Image: Instagram YB Syed Saddiq

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×