Siapa sangka tepung ubi yang sering digunakan dalam masakan ternyata mempunyai manfaat dalam kehidupan seharian seperti mengurangkan kedekutan.
Dengan sifatnya yang serba guna, tepung ubi sering dimanfaatkan dalam bidang kecantikan, penjagaan rumah, dan juga kesihatan.
Baca juga: Resepi Cheesecake Viral Coklat Leleh Macam Di Istanbul, Manis Berlemak Pastinya Kegemaran Ramai
MANFAAT TEPUNG UBI ADA BANYAK, BUKAN HANYA DALAM MASAKAN

Freepik
Tepung ubi bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi mempunyai pelbagai manfaat lain seperti:
1. Penjagaan kulit
Siapa sangka tepung ubi boleh dijadikan sebagai masker di mana anda hanya perlu membancuhnya dengan sedikit air. Kegunaan masker tepung ubi ini membantu menyerap minyak berlebihan dan merawat kulit sensitif.
2. Pengganti bedak bayi
Manfaat tepung ubi yang selanjutnya boleh dijadikan alternatif semula jadi kepada bedak talkum kerana mempunyai tekstur lembut di mana akan meredakan ruam-ruam merah.
3. Rawatan rambut
Manfaat tepung ubi dalam kehidupan membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit kepala selain rambut lebih tebal.
4. Manfaat tepung ubi – bahan pembersih semula jadi
Siapa sangka tepung ubi mampu menyingkirkan kesan minyak dan kotoran di permukaan perabot.
5. Cegah kedutan di wajah
Tepung ubi dikatakan dapat mencegah kedutan di wajah kerana mengandungi anti oksidan yang tinggi dan vitamin B3. Nutrisi ini mampu menghasilkan kolagen agar kulit kekal tegang.
6. Rawat kesan melecet
Tepung ubi boleh disapu pada kulit untuk merawat kesan melecet.
7. Kurangkan risiko bayi lahir secara cacat
Kajian yang dilakukan oleh Institut Teknologi Federal Swiss di Zurich mendapati bahawa di dalam tepung ubi mempunyai vitamin B kompleks, termasuk asid folik.
Vitamin ini diperlukan ketika mengandung untuk membantu mengurangkan risiko cacat pada saraf bayi.
8. Menjaga tekanan darah
Manfaat tepung ubi yang terakhir adalah menjaga tekanan darah dalam badan agar sentiasa normal.
Jadi, pelbagai manfaat tepung ubi dalam kehidupan yang tidak tertakluk kepada masakan sahaja.
Baca juga: Bukan Hanya Laksa Kedah, Ini 8 Jenis Lagi Laksa Popular Di Malaysia. Yang Mana Paling Sedap?
Sumber: Alo Dokter & Pokokpedia
