Euforia Bola 2026
DIY & Kraf

Bawang Merah Bukan Sekadar Dalam Masakan, Nah 20 Kegunaan Lain Untuk Kehidupan!

manfaat bawang merah

Manfaat bawang merah bukan sekadar penambah rasa dalam masakan tetapi sebenarnya menyimpan pelbagai kelebihan tersembunyi untuk kegunaan harian.

Dari penjagaan diri, kesihatan, kebersihan rumah hinggalah petua tradisional, bawang merah terbukti sangat berguna dalam pelbagai situasi.

Baca juga: Cara Cuci Dapur Gas Guna Ubat Gigi, Sekelip Mata Warna Merah Boleh Bertukar Jadi Biru!

20 MANFAAT BAWANG MERAH DALAM KEHIDUPAN, TAK RAMAI YANG TAHU

MANFAAT BAWANG MERAH

Freepik

1. Manfaat bawang merah – hilangkan bau cat dengan cepat

Letakkan hirisan bawang dalam bilik yang baru dicat dan akan membantu serap bau kuat dengan cepat.

2. Masker elak rambut gugur

Perah bawang merah dan sapu pada kulit kepala. Biar 30 minit, bilas untuk rambut lebih sihat dan kurang keguguran.

3. Minyak untuk elak bayi masuk angin

Campurkan bawang dengan minyak telon. Sapu di perut dan belakang bayi secara perlahan.

4. Legakan hidung tersumbat

Hidu hirisan bawang merah segar. Bau bawang dapat membantu lancarkan pernafasan yang tersumbat.

5. Kurangkan bengkak & lebam

Tumbuk bawang dengan sedikit garam. Tuam pada bahagian lebam untuk kurangkan bengkak.

6. Hilangkan bau kaki

Rendam kaki dalam air suam berisi hirisan bawang. Amalkan 20 minit untuk bau hilang.

7. Tanggalkan kesan kotor pada baju

Titikkan air bawang pada kotoran dan biarkan. Gosok perlahan dan bilas hingga bersih.

8. Bersihkan kuali hangus secara semula jadi

Gosok permukaan hangus dengan bawang. Ia bantu tanggal kerak tanpa bahan kimia.

9. Akar tanaman lebih cepat hidup

Rendam batang pokok dalam air bawang 3–4 jam. Ia bantu rangsang pertumbuhan akar.

10. Manfaat bawang merah – cuci cermin & kaca tanpa kesan

Gosok cermin dengan bawang dan lap. Hasilnya berkilat tanpa kesan cap atau calar.

11. Bawang goreng lebih rangup & garing

Tabur sedikit tepung dan garam sebelum goreng. Bawang akan lebih garing dan sedap.

12. Hilangkan bau hamis di tangan

Gosok tangan dengan hirisan bawang selepas pegang ikan. Bau hamis terus hilang.

13. Penambah perisa semula jadi

Tumis bawang merah hingga wangi untuk masakan lebih rasa enak.

14. Ais batu tak bau pelik

Letak potongan bawang dalam peti sejuk. Ia serap bau dan kekalkan ais lebih segar.

15. Jus bawang untuk batuk & selsema

Campur perahan bawang dengan madu. Minum sesudu bila batuk ringan menyerang.

MANFAAT BAWANG MERAH

16. Bersihkan kesan gam

Gosok bekas pelekat dengan bawang. Gam akan longgar dan mudah ditanggalkan.

17. Bawang bakar untuk masuk angin

Bakar bawang, tumbuk dan tuam pada perut. Kaedah tradisional untuk legakan angin.

18. Halau lalat & nyamuk secara semula jadi

Letak hirisan bawang di sudut rumah. Bau kuatnya tidak disukai serangga.

19. Proses penapaian lebih cepat

Letak bawang dekat bekas tempe atau tapai. Ia dipercayai bantu percepat penapaian.

20. Manfaat bawang merah – perangkap tikus tradisional

Tikus tak suka bau bawang yang tajam. Letakkan di laluan mereka untuk halau secara alami.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tak Sangka Boleh Servis Aircond Rumah Guna Remote Je, Jimat Duit Tak Payah Panggil Orang!

Sumber: Facebook 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×