Euforia Bola 2026
Cantik

Malaysia Dalam Senarai 50 Negara Dengan Wanita Tercantik Dunia, Ini Ranking Penuh Yang Mengejutkan!

wanita tercantik

Dari Asia hingga ke Eropah, setiap negara memiliki pesona tersendiri, namun laporan terkini ini menampilkan senarai negara dengan wanita tercantik di dunia yang benar-benar mencuri perhatian.

Menariknya, Malaysia turut berjaya berada dalam kelompok 50 teratas, membuktikan kecantikan wanita Malaysia bukan lagi rahsia tetapi kini diiktiraf di peringkat global!

Baca juga: 9 Makanan Yang Buat Pipi Tembam & Dagu Berlapis, Cuba Henti Ambil Selama 21 Hari & Lihat Hasilnya!

TOP 50 WANITA TERCANTIK DI DUNIA

wanita tercantik

Gambar hiasan AI.

Senarai ini disusun oleh Insider Monkey berdasarkan perbincangan dan topik yang paling kerap disebut dalam ratusan thread di Reddit.

Negara-negara yang disebut secara konsisten kemudian dianalisis pula dari aspek industri kecantikan, kemudahan kosmetik, trend pembedahan estetik, serta penglibatan wanita dalam industri tersebut.

Korea Selatan mengungguli tangga pertama, diikuti Brazil, Amerika Syarikat, Jepun dan Mexico. Tidak mengejutkan, negara-negara ini memang terkenal dengan standard kecantikan yang tersendiri, daripada wajah alami Amerika Latin hinggalah industri kosmetik raksasa Asia Timur.

Namun apa yang membuat rakyat Malaysia tersenyum bangga ialah kehadiran Malaysia di dalam senarai, menandakan wanita kita juga mempunyai keunikan yang dihargai dunia dengan memiliki kecantikan yang lembut, beradab dan penuh kepelbagaian budaya.

Baca juga: Syampu Viral Atasi Masalah Kelemumur Macam ‘Salji’, Sangat Bagus & Hanya Boleh Dibeli Melalui Ahli Farmasi Saja

Senarai penuh 50 negara dengan wanita tercantik di dunia:

wanita tercantik

TikTok @infoloka_id

Menurut metodologi Insider Monkey, senarai ini bukan sekadar berdasarkan rupa paras, tetapi gabungan persepsi global, perbincangan sosial, trend kecantikan serta pengaruh budaya setiap negara.

Kedudukan Malaysia adalah bukti bahawa kecantikan wanita di negara kita bukan sekadar fizikal, ia hadir bersama peribadi, nilai dan identiti budaya yang menjadikan mereka menyerlah dalam cara yang tersendiri.

Dengan wajah yang mencerminkan perpaduan pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, Bumiputera dan lebih 80 kaum lain, Malaysia benar-benar mewakili kecantikan dunia dalam satu negara.

Baca juga: Niat Awalnya Nak Cuba Hilangkan Kusam Je, Wanita Terkejut Masker Semula Jadi Ini Beri Efek ‘Glowing’ Tanpa Mekap

Sumber: TikTok @infoloka_id

FT Image: Instagram ctdk , dr.soowincci , kavita_sidhu / Himpunan Gambar Terbaik Dato’ Siti Nurhaliza

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×