Euforia Bola 2026
Famili

Populasi Tran*gender Malaysia Semakin Ramai, Top 5 Tertinggi Asia Atasi Negara Besar Lain!

populasi transgender

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, populasi transgender dilihat semakin menonjol di pelbagai negara Asia, termasuk Malaysia. Di mana, data terkini yang dikeluarkan daripada sebuah laman kajian populasi dunia telah mengejutkan masyarakat Malaysia.

Laporan tersebut mendedahkan bahawa, Malaysia kini berada di kedudukan kelima tertinggi di Asia dalam senarai negara yang mempunyai jumlah populasi transgender paling ramai.

Baca juga: Sidang Kemuncak ASEAN: Senarai 71 Sekolah Di KL & Selangor Laksana PdPR!

POPULASI TRANSGENDER DI MALAYSIA

populasi transgender

Gambar: Facebook Seasia Stats 

Mendahului senarai itu ialah Filipina, dengan anggaran 239,000 individu transgender yang mempunyai ketara besar sebagai pendahulu. Di mana, negara kedua dalam senarai adalah Thailand, yang mempunyai anggaran 62,000 transgender.

Pakistan mengikuti di tempat ketiga dengan kira-kira 52,000 individu transgender, manakala Indonesia menduduki tempat keempat dengan 43,000.

Malaysia melengkapkan lima teratas dengan anggaran populasi transgender 24,000.

Separuh kedua daripada 10 teratas termasuk Nepal (21,000), Kemboja (15,000), Bangladesh (12,000), Iran (10,000) dan Myanmar (9,000).

Data ini menunjukkan gambaran ringkas akan anggaran jumlah populasi transgender di beberapa negara Asia. Filipina mencatat jumlah paling ramai, mengatasi Thailand walaupun negara itu sangat dikenali dengan komuniti transgender.

Baca juga: Cantik Asli Atau Suntikan? Kenali Ciri Wajah Semula Jadi vs Hasil Prosedur Kosmetik!

Sumber: Seasia Stats

FT Image: Google / Rosdan Wahid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×