Makanan sedap di Melaka sememangnya tidak pernah mengecewakan. Dari asam pedas yang menyengat selera, sehinggalah ke cendol lejen yang menyejukkan tekak.
Sekiranya anda ingin berjalan seperti lokal di Melaka, boleh ikuti perkongsian penuh di bawah ini untuk dijadikan panduan. Confirm sedap!
Baca juga: Meremang Bulu Roma Bila Lalu 10 Jalan Ini Di Malaysia, Kalau Tak Kental Jangan ‘Drive’ Seorang
MAKANAN SEDAP DI MELAKA KENA SINGGAH, BARU MACAM ‘LOKAL’

Freepik
Hari ini saya nak kongsikan makanan sedap di Melaka yang saya dan keluarga biasa pergi. Pasti orang luar yang datang, puas hati bila cuba!
Sarapan pagi I (7 pagi – 11 pagi)
– Roti Canai Kayu Arang – roti canai bakar dia lain macam sedapnya.
– Mee Bodo Hassan – nama macam tu tapi rasa dia tak main-main.
– Perhentian Kuih Kampung – kuih orang lama yang susah nak cari dah sekarang.
– Lontong Singapura, Masjid Tanah – puas makan, kuah dia padu.
– Sup Lembu Tangkak – sup daging dia betul-betul kaw!
Lepas kenyang, jalan-jalan tempat bersejarah percuma di bawah ini:
- Kota A Famosa
- The Stadthuys
- Makam Hang Jebat
- Perigi Hang Tuah & Jambatan Duyung
Tengah hari
Makan sedap di Melaka untuk tengah hari (11 pagi – 3 petang)
– Asam Pedas Selera Kampung – tempat wajib kalau nak rasa asam pedas Melaka.
– Hajah Rahmah Asam Pedas, Bukit Katil – dekat sangat dengan rumah Amirul.
– Nasi Gunting Haji Awal – memang pedas, tapi puas hati.
– Melaka River Cruise – naik bot slow-slow tengok view.
– The Orang Utan House – warna warni, gambar cantik.
– The Shore Oceanarium – budak-budak suka sangat.
– The Shore Sky Tower – tengok view dari atas Melaka.
Petang (3-6 petang)
Makanan sedap di Melaka untuk minum petang pula:
– Kuih Keria Antarabangsa – gula melaka dia memang manis-manis power.
– Mee Sup Tengkera – isi dia penuh, kuah pun tak kedekut.
– Rojak Sotong Jumbo – sotong dia betul-betul besar.
– Nasi Ganja Bawah Pokok – rare dan sedap.
– Coconut Shake Klebang/Batu Berendam/Alai – ikut mana yang tak ramai, semua best.
– Mango Float Royale – manis dia ngam-ngam, tak muak.
– Cendol Jam Besar – klasik dan dekat dengan A Famosa.
– Jonker Walk – kalau weekend memang meriah.
– Mamee Jonker House – boleh buat sendiri Mamee cup.
– Rumah Terbalik Melaka
– Dataran 1 Malaysia Klebang – best lepak tepi laut.
– Menara Taming Sari – naik pusing tengok bandar Melaka.
– The Pirate Adventure – anak-anak confirm suka.
– Melaka Tropical Fruit Farm – tenang, banyak haiwan dan buah-buahan.

Malam (6 petang – lewat malam)
– Asam Pedas Pasar Borong Batu Berendam – lapar tengah malam pun boleh pergi.
– Char Kuey Teow Stesen Kandang – creamy, penuh udang.
– Asam Pedas Claypot, Kota Laksamana – buka sampai pagi.
– Aida Rich Cafe – cozy dan sedap.
– Berkat Roti John – portion besar, tak kedekut.
– Qasreena Kafe – banyak pilihan, sesuai bawa family.
– Kari Kambing Warisan Seylon – pagi je buka, tapi sedap betul.
– Leque – western fusion style, lain dari biasa.
– Mee Besen Ori Melaka – rare, susah nak jumpa dekat tempat lain.
– Mejistic Burger – burger homemade.
– Dapur Rita – lepak malam sambil makan berat.
– Pak Putra Tandoori – orang luar Melaka pun datang makan sini.
– Medan Ikan Bakar Parameswara, Umbai – suasana meriah, seafood fresh.
– Medan Ikan Bakar Deli Muara, Alai – banyak pilihan, rasa pun best.
– Mee Udang Kak Rose – kuah dia padu, udang besar!
Tempat yang seronok lepak hujung minggu:
- Tanjung Bidara
- Pengkalan Balak
- Tanjung Kling (Pantai Puteri)
- Klebang
- Pantai Kuala Sungai Baru
- Pantai Siring
- Zoo Melaka
- Taman Buaya
- Taman Rama-Rama
- A’Famosa Water World
- Bayou Lagoon
- Kolam Air Panas Gadek
- Kolam Air Panas Jasin
Itu sahaja perkongsian untuk makanan sedap di Melaka dan tempat menarik yang boleh dilawati bersama orang tersayang.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Isi Borang Kad Ketibaan Digital Thailand (TDAC), Salah ‘Step’ Tak Boleh Masuk Nanti!
Sumber: Facebook Mohd Amirul Aizad
