Euforia Bola 2026
Dapur

15 Makanan Ini Tak Payah Panaskan Bila Simpan Dalam Peti Sejuk, Boleh Terus Makan Lebih Sedap!

makanan dalam peti sejuk

Tahukah anda, ada beberapa jenis makanan dalam peti sejuk yang sebenarnya lebih sedap dan selamat dimakan terus tanpa dipanaskan? Selain menjimatkan masa, cara ini juga mengekalkan rasa dan tekstur makanan seperti asal.

Menurut perkongsian di portal Chef Standards, terdapat beberapa jenis makanan yang lebih enak dimakan sejuk, sesuai dijadikan sarapan, snek atau makanan ringan ketika sibuk.

Baca juga: Jangan Terkejut! Kapur Makan Boleh Rangupkan Gorengan & Banyak Kegunaan Lain Dalam Masakan

SENARAI MAKANAN DALAM PETI SEJUK ENAK DINIKMATI TANPA DIPANASKAN SEMULA

makanan dalam peti sejuk

Gambar hiasan: Freepik

Berikut adalah 15 makanan dalam peti sejuk yang tak perlu dipanaskan:

  1. Ayam goreng – Kulit ayam goreng akan menjadi lembik jika dipanaskan, tetapi tetap rangup dan sedap jika dimakan sejuk.
  2. Telur hancur / scrambled eggs – Rasa dan tekstur telur hancur berubah jika dipanaskan, lebih baik dimakan sejuk atau buat baru.
  3. Sushi – Ikan dan nasi kehilangan rasa serta tekstur jika dipanaskan. Sebaiknya makan dalam sehari dan sejuk.
  4. Bayam – Memanaskan semula boleh menghasilkan nitrat berbahaya, lebih selamat dimakan sejuk dalam salad atau smoothie.
  5. Nasi – Risiko bakteria tinggi jika disimpan lama; jika sedikit, boleh dimakan sejuk atau diubah menjadi nasi goreng segera.
  6. Ikan – Tekstur menjadi kering dan bau terlalu kuat jika dipanaskan.
  7. Beef bacon – Tekstur menjadi keras; lebih sedap dimakan sejuk atau ditabur di salad.
  8. Pasta dengan sos krim – Sos berpisah dan berketul jika dipanaskan; boleh dimakan sejuk dengan tambahan sedikit susu.
  9. Lettuce / salad hijau – Layu dan pahit jika dipanaskan, sebaiknya makan sejuk.
  10. Kentang lenyek / mashed potatoes – Tekstur berubah; boleh dijadikan lempeng kentang jika ingin dipanaskan semula.
  11. Pizza dengan banyak topping – Crust menjadi lembik dan topping tidak rata jika dipanaskan.
  12. Kentang goreng / french fries – Mudah lembik jika dipanaskan.
  13. Sayur panggang / roasted vegetables – Rasa manis dan tekstur hilang; makan sejuk atau buat salad.
  14. Makanan laut / shellfish – Udang, scallop, kerang menjadi getah dan rasa terlalu kuat jika dipanaskan.
  15. Telur rebus / hard-boiled eggs – Kuning telur rebus menjadi bertepung dan putih menjadi getah jika dipanaskan; makan sejuk lebih baik.

Baca juga: Wanita Kongsi Cara Goreng Kerepek Peria Agar Rangup Sepanjang Hari & Juga Rasanya Kurang Pahit!

makanan dalam peti sejuk

Gambar hiasan: Vecstock

Bagi yang sibuk atau mahu menjimatkan masa, makanan dalam peti sejuk ini boleh terus dimakan tanpa perlu dipanaskan. Selain menjimatkan masa, rasa dan tekstur makanan sering kali lebih menarik apabila dimakan sejuk.

Baca juga: Resipi Sup Kicap ‘Signature Dish’ Orang Pekan, Setiap Kenduri Mesti Ada Lauk Legend Ini!

Sumber: Chef Standards

FT Image: Freepik / rawpixel.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×