Euforia Bola 2026
Rakyat

Konflik Dunia Cetus Kebimbangan, Ini 10 Stok Makanan Tahan Lama WAJIB Simpan Dari Sekarang!

situasi kecemasan

Dalam dunia yang semakin tidak menentu, ramai mula sedar kepentingan membuat persediaan awal sekiranya berlaku situasi kecemasan seperti bencana alam, krisis ekonomi atau konflik antarabangsa.

Sebagaimana, perkembangan konflik di Asia Barat sejak kebelakangan ini yang telah membuka mata masyarakat tentang betapa pentingnya mempunyai bekalan makanan asas di rumah.

Baca juga: Suri Rumah Kongsi Tips Dari Nelayan Untuk Simpan Barang Basah, ‘Seafood’ & Daging Tak Cepat Rosak

10 MAKANAN BOLEH SIMPAN LAMA UNTUK HADAPI SITUASI KECEMASAN

situasi kecemasan

Gambar hiasan Gemini AI: Buah-buah kering.

Walaupun Malaysia berada jauh dari zon konflik, kesannya tetap boleh dirasai melalui gangguan bekalan, kenaikan harga barang dan ketidakstabilan ekonomi.

Oleh itu, mempunyai stok makanan tahan lama di rumah dilihat sebagai langkah bijak untuk melindungi keluarga jika berlaku sebarang keadaan tidak dijangka.

Kenapa penting ada stok makanan ketika kecemasan

Apabila berlaku kecemasan seperti banjir, gangguan bekalan elektrik atau krisis tertentu, akses kepada makanan mungkin menjadi terhad untuk sementara waktu.

Dengan adanya makanan yang boleh disimpan lama, keluarga dapat mengurangkan risiko kehabisan bekalan dan lebih tenang menghadapi situasi tersebut.

Persediaan ini bukan bermaksud panik, sebaliknya langkah berjaga-jaga yang praktikal untuk memastikan keperluan asas sentiasa tersedia apabila diperlukan.

Baca juga: Kutu Beras Hilang Terus! Wanita Ini Kongsi Cara Simpan Beras Paling ‘Power’ Yang Anda Kena Cuba

Berikut ialah senarai makanan yang sesuai disimpan dalam jangka masa panjang jika disimpan dengan cara yang betul:

1. Beras putih

Beras merupakan makanan ruji rakyat Malaysia dan boleh disimpan untuk tempoh lama jika diletakkan dalam bekas kedap udara di bawah suhu 40 darjah Celsius atau plastik vakum.

Namun bagi beras perang (brown rice) pula, tempoh penyimpanan hanyalah enam bulan sahaja. Hal ini kerana, beras perang mempunyai minyak asli yang berada dalam lapisan ‘bran’.

2. Makanan dalam tin

Contoh makanan dalam tin ialah sardin, tuna dan lauk siap dimakan. Malah anda juga boleh mendapatkan beberapa jenis lauk atau makanan ‘ready to eat’ (RTE) dalam tin di pasaraya.

Meskipun, ia mudah disimpan dan sesuai dijadikan bekalan kecemasan kerana tahan lama, anda perlulah simpan ditempat yang selamat, kering agar tin tak mudah rosak.

3. Buah-buahan kering

Buah kering merupakan sumber tenaga yang baik dan lebih tahan lama berbanding buah segar. Antara jenis yang sesuai disimpan ialah:

  • Kurma
  • Kismis
  • Aprikot
  • Prun
  • Buah tin

Untuk penyimpanannya pula, anda boleh menyimpan dalam bekas kedap udara atau plastik vakum.

4. Kekacang

Kacang mengandungi khasiat yang banyak seperti protein, vitamin E dan B6 dan sebagainya. Ia juga sesuai dijadikan snek ketika kecemasan kerana boleh disimpan untuk tempoh yang lama.

Sebaiknya kekacang ini juga disimpan dalam bekas kedap udara atau plastik vakum bagi mengekalkan kesegarannya.

5. Pasta dan tepung

Makanan berasaskan karbohidrat seperti pasta dan tepung boleh bertahan lama jika disimpan dalam bekas kedap udara.

Menurut Mingguan Wanita, pasta kering boleh disimpan untuk tempoh sehingga 10 ke 15 tahun.

Memetik MyResipi, antara cara untuk menyimpan tepung gandum agar dapat bertahan lebih lama dan mengelakkan kutu adalah:

  • Tepung yang dibeli dimasukkan dalam freezer atau peti sejuk beku selama dua minggu. Tepung tidak akan membeku, namun cara ini akan membunuh segala kutu mahupun telur ulat tepung yang mungkin berada dalam bahan berkenaan.
  • Keluarkan tepung dah biarkan pada suhu bilik sehingga hilang keadaan sejuk dan wap
  • Lap kering bungkusan tepung dan simpan di dalam beg zip.
  • Selain itu, anda juga boleh menggunakan bekas makanan kedap udara atau plastik vakum.

Baca juga: Wanita Dedah Rahsia Masak Kuetiau Goreng Berkilat Cantik & Tak Kembang, JANGAN Guna 2 Bahan Ini

situasi kecemasan

Gambar hiasan Gemini AI: Makanan dalam tin.

6. Minuman 3 dalam 1

Minuman segera seperti kopi atau teh 3 dalam 1 mudah disediakan dan membantu memberikan tenaga dengan cepat ketika kecemasan.

7. Garam, gula dan rempah ratus

Bahan ini bukan sahaja menambah rasa makanan, malah boleh membantu mengawet makanan dan meningkatkan tenaga.

Namun tiga bahan ini perlu disimpan di kawasan yang kering dan gelap serta elakkan daripada tempat yang lembap.

8. Susu tepung

Susu tepung merupakan alternatif yang baik kerana tahan lama dan boleh menjadi sumber nutrisi penting ketika bekalan makanan terhad. Meskipun mempunyai rasa yang kurang enak berbanding susu segar atau susu yang berada dalam kotak.

Selain itu, susu segar juga mudah rosak jika ia tak disimpan dengan cara yang baik. Maka susu tepung boleh digunakan sebagai pengganti asalkan disimpan dengan cara yang baik.

9. Makanan segera

Walaupun tidak sesuai untuk pengambilan harian, makanan segera boleh membantu menghilangkan rasa lapar dan memberikan tenaga dengan cepat.

10. Madu

Madu terkenal sebagai makanan yang boleh disimpan lama dan memberikan tenaga segera. Ia hanya perlu disimpan di tempat kering, sama ada menggunakan bekas kaca atau plastik.

Dan tidak terdedah kepada cahaya matahari.

Langkah kecil ini boleh membantu memastikan stok makanan sentiasa dalam keadaan baik apabila diperlukan.

Hakikatnya, kita tidak dapat meramal bila sesuatu krisis atau bencana akan berlaku. Namun dengan sedikit persediaan, keluarga boleh menghadapi situasi kecemasan dengan lebih tenang dan teratur.

Sumber: The Rakyat Post

FT Image: Gemini AI / REUTERS

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×