Seorang pemandu lori berusia 33 tahun terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan selepas memakan sejumlah besar gula gula jeli dalam tempoh yang singkat.
Difahamkan, Nathan Rimington telah membeli bekas besar seberat 3kg (bersamaan 6.6 paun) gula gula jeli selepas mengidam gula-gula tersebut.
Baca juga: Influenza A Digelar ‘Demam Mahal’, Ibu Luah Bila Anak Kena Jangkit…Dompet Pun Sakit!
AKIBAT KETAGIH GULA GULA JELI, LELAKI INI MASUK WAD KECEMASAN

Dalam masa tiga hari sahaja, dia telah menghabiskan semua kandungan yang mengandungi 10,461 kalori dan tidak lama kemudian mula mengalami gejala fizikal yang serius.
Rimington dikejarkan ke unit kecemasan dengan sakit perut yang teruk, tekanan darah tinggi, berpeluh dan ketidakselesaan menyeluruh.
Pada mulanya, kakitangan perubatan mengesyaki dia mengalami keracunan makanan namun hasil pemeriksaan lanjut mendapati tahap gelatin dalam saluran penghadamannya sangat tinggi.
Selepas menjalani beberapa ujian, Rimington disahkan menghidap divertikulitis akut, satu keadaan di mana kantung-kantung kecil (dipanggil divertikula) terbentuk pada dinding usus besar dan menyebabkan keradangan atau jangkitan.
Menurut pakar perubatan, pengambilan jumlah besar bahan tertentu seperti gelatin boleh meningkatkan risiko masalah penghadaman dan halangan usus.
Gejala yang lazim termasuk sakit perut yang berterusan dan teruk biasanya di bahagian kiri bawah abdomen, disertai demam, loya, muntah dan najis berdarah

Freepik
Kesakitan yang dialami juga berbeza dengan sembelit atau ketidakhadaman biasa kerana ia biasanya berlangsung lebih lama dan semakin teruk dari masa ke masa.
Dalam kes yang lebih serius, divertikulitis boleh menyebabkan kebocoran atau berlubangnya kolon dan seterusnya membawa kepada komplikasi berbahaya seperti peritonitis (jangkitan pada lapisan dalam perut).
Doktor segera menghentikan pengambilan makanan dan minuman secara oral dan memulakan terapi cecair intravena. Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama enam hari akibat demam panas dan kesakitan abdomen yang teruk.
Mujurlah dia berjaya pulih sepenuhnya namun besar kemungkinan beliau tidak akan menyentuh gula-gula jeli untuk tempoh yang lama.
Walaupun gula-gula kelihatan tidak berbahaya, pengambilan secara berlebihan terutama dalam tempoh yang singkat boleh membawa kesan kesihatan yang serius.
Baca juga: Farah Lee Seru Rakyat Malaysia Pakai Tshirt Putih Sebagai Tudung, Tanda Solidariti Malam Ini Di KLIA
Sumber: Oddicity
