Euforia Bola 2026
Famili

Kreatif! Majlis Graduasi Tadika Papar Cita-Cita Murid Guna Video AI, “Wah Hebat Idea Cikgu..”

MAJLIS GRADUASI TADIKA

Majlis graduasi tadika selalunya dipenuhi ucapan formal, muzik latar mendayu dan sesi ambil gambar bersama ibu bapa. Namun lain pula kisah graduasi tadika Bir Ali Taman Maluri dan Taman Melati Utama yang tular di TikTok apabila konsep unik berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) diperkenalkan.

Menerusi perkongsian akaun TikTok Bir Ali Maluri Melati, majlis graduasi tadika pelajar berusia enam tahun itu tampil berbeza apabila setiap kali nama pelajar dipanggil ke pentas, skrin di belakang akan memaparkan video AI menggambarkan cita-cita mereka pada masa hadapan.

Baca juga: Tengah Hangat Bercinta Rasa Tak Sabar Nak Kahwin? Jangan Terkejut Hadap 5 Realiti Selepas Berumah Tangga

MAJLIS GRADUASI TADIKA STYLE AI CURI PERHATIAN, MEMANG WOW

MAJLIS GRADUASI TADIKA

Gabungan idea kreatif cikgu Gen Z dan imaginasi murid Gen Alpha nyata mencuri perhatian ramai. Ada pelajar yang digambarkan sebagai anggota polis lengkap beruniform, ada yang tampil sebagai juruterbang, malah tidak kurang juga yang muncul sebagai angkasawan, doktor dan pelbagai profesion lain.

Apa yang menarik, visual AI tersebut bukan sekadar paparan gambar statik, sebaliknya berbentuk video bergerak yang membuatkan suasana graduasi menjadi lebih hidup dan mengujakan.

Setiap sorakan ibu bapa jelas menggambarkan rasa bangga dan terharu melihat impian anak-anak mereka divisualkan seolah-olah menjadi kenyataan.

Rata-rata warganet yang menonton video tersebut memuji kreativiti pihak tadika dalam menjadikan majlis graduasi lebih bermakna.

Bukan sahaja meraikan tamatnya fasa awal pendidikan, malah secara tidak langsung menyemai semangat dan keyakinan dalam diri kanak-kanak untuk terus mengejar cita-cita mereka.

MAJLIS GRADUASI TADIKA

“Pernah nampak orang luar negara buat trend ini. I’m glad ada tadika yang ikut! cikgu memang up to date,” komen pengguna media sosial.

Majlis graduasi itu turut disifatkan sebagai contoh bagaimana teknologi boleh digunakan secara positif dalam dunia pendidikan, terutama untuk generasi muda yang membesar seiring kemajuan digital.

Idea ringkas tetapi kreatif itu membuktikan bahawa sentuhan inovasi mampu menjadikan momen biasa bertukar menjadi kenangan luar biasa, bukan sahaja buat murid, malah untuk ibu bapa dan para pendidik.

Majlis graduasi tadika gaya AI ini juga menjadi bukti bahawa apabila guru memahami dunia muridnya, pembelajaran dan pengalaman yang dicipta akan menjadi lebih dekat di hati generasi masa depan.

Baca juga: Dr. Sheikh Muszaphar Bangga, Anak-Anak Lakar Kejayaan Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa!

Sumber: TikTok Bir Ali Maluri Melati

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×