Euforia Bola 2026
Rakyat

[VIDEO] Tular Pempengaruh Buat Majlis Akikah Seakan Istiadat Diraja, Kini Disiasat PDRM!

istiadat diraja

Istiadat diraja lazimnya sinonim dengan kerabat dan majlis rasmi berkaitan raja serta sultan. Namun, baru-baru ini tular sebuah video di media sosial yang memaparkan majlis akikah dengan suasana seakan-akan upacara diraja sehingga mencetuskan perhatian umum.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap video tersebut.

Baca juga: Akibat Disengat 1,000 Tebuan Di Ladang Jagung Nenek, Dua Beradik Usia 7 & 2 Tahun Maut!

MAJLIS AKIKAH SEAKAN ISTIADAT DIRAJA

istiadat diraja

Tangkap layar beberapa video memaparkan sebuah keluarga yang berpakaian berpakaian serba kuning dan bertengkolok seperti istiadat kerabat diraja dalam majlis akikah.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar, rakaman berkenaan menunjukkan sekeluarga berpakaian serba kuning lengkap dengan tengkolok yang dikatakan menyerupai istiadat diraja, semasa meraikan majlis akikah.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, JSJ Bukit Aman bagi mengenal pasti sejauh mana tindakan itu melanggar undang-undang.

“Tindakan itu dipercayai menyalahgunakan lambang diraja dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau menjelaskan, undang-undang tersebut memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum tiga tahun bagi kesalahan tertentu. Bagi kesalahan penggunaan lambang diraja secara tidak wajar pula, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM1,000.

Baca juga: Selepas Ambulans Beredar, Ustaz Azhari Arah Dua Pelajar Bersihkan Kesan Darah Zara Di Lokasi Kejadian!

Difahamkan, video tular itu merakamkan keluarga seorang pempengaruh yang juga ahli perniagaan mengenakan pakaian lengkap ala diraja ketika akikah anaknya. Suasana majlis yang penuh simbolik itu menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan berkenaan kerana dianggap tidak menghormati adat dan kedudukan institusi diraja.

Ada yang berpendapat majlis tersebut berlebihan sehingga menyerupai protokol rasmi, sekali gus menimbulkan persepsi bahawa ia seolah-olah meniru majlis diraja sebenar.

Kes ini kini dalam siasatan lanjut dan menjadi perbualan hangat masyarakat, khususnya berkaitan batas antara adat, budaya dan penggunaan lambang yang dikaitkan dengan istiadat diraja.

@zackzainefer

Majlis Akikah Alya & Addykana tema Kesultanan Melayu Melaka #zackzainefer #adykana #puterigunungledang #costume #majlisakikahalyaaddy

♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir

Baca juga: Bukan Sekadar Indonesia, 4 Negara Ini Juga Berhadapan Amukan Rakyat Yang Gegar Dunia!

Sumber: Kosmo!

FT Image: TikTok @Zack_zainefer

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×