Isu mengenai majikan tak bayar gaji sering menjadi siulan ramai. Lebih teruk lagi adalah, ada kes yang mendedahkan majikan bukan saja paksa untuk cuti dengan alasan tidak mampu membayar gaji, malah bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga tidak dibayar berbulan-bulan.
Sebenarnya, jika keadaan ini berlaku pada anda, ada cara untuk mengambil tindakan setimpal kerana ini sudah diibaratkan sebagai penganiayaan. Hidup asyik disuruh kerja tapi gaji tak mahu bayar, macam mana?
Baca juga: Malaysia Negara Ke-2 Paling TERUK Dalam ‘Work Life Balance’ Menurut Kajian Global
MAJIKAN TAK BAYAR GAJI? INI TINDAKAN ANDA PERLU LAKUKAN

Bagi mereka yang mungkin sedang berdepan dengan situasi sama, berikut merupakan enam langkah yang boleh diambil sebagaimana perkongsian seorang peguam, Rizlan Ghazali Chewan menerusi Mstar.
1. Tuntutan gaji tertunggak
Prosedur: JTK akan memanggil majikan anda untuk sesi perbincangan atau pendengaran mengenai gaji tertunggak. Jika majikan gagal memberi justifikasi yang memuaskan, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka.
Dokumentasi: Pastikan anda mempunyai dokumen-dokumen yang relevan seperti slip gaji, kontrak pekerjaan, dan rekod komunikasi dengan majikan mengenai isu pembayaran gaji.
2. Laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
JTK boleh mengambil tindakan terhadap majikan yang melanggar Akta Kerja 1955. Anda boleh mengemukakan aduan di pejabat JTK terdekat atau secara dalam talian melalui laman web mereka.
3. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Laporan KWSP: Anda boleh menghubungi KWSP dan membuat aduan mengenai majikan yang tidak membuat caruman. KWSP akan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Proses: Anda boleh melaporkan perkara ini secara dalam talian atau pergi ke pejabat KWSP untuk mendapatkan bantuan lanjut.
4. Pertimbangkan tindakan perundangan
Jika majikan masih tidak memberi kerjasama walaupun selepas laporan dibuat, anda boleh mempertimbangkan untuk mengambil tindakan perundangan dengan bantuan seorang peguam.
Berjumpalah dengan peguam yang pakar dalam undang-undang buruh untuk mendapatkan nasihat mengenai tindakan perundangan yang boleh diambil. Ini mungkin melibatkan tuntutan di Mahkamah Buruh atau Mahkamah Perusahaan.
5. Mencari pekerjaan baharu
Jika keadaan tidak menunjukkan sebarang perubahan positif dan majikan terus gagal membayar gaji anda, pertimbangkan untuk mencari pekerjaan baharu yang lebih stabil.
6. Rekodkan semua perbincangan
Simpan semua surat-menyurat, e-mel dan mesej berkaitan isu gaji dan KWSP. Ini boleh menjadi bukti penting sekiranya kes anda dibawa ke JTK atau mahkamah. Tindakan segera perlu diambil untuk melindungi hak dan kepentingan anda sebagai pekerja.

Foto: Harian Metro
*Jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa seperti JTK dan KWSP serta mendapatkan nasihat undang-undang jika perlu.
Baca juga: Top 7 Kerjaya Paling Dapat Permintaan Tinggi Di Malaysia, Bidang Anda Tersenarai Tak?
Sumber: Mstar
