Euforia Bola 2026
Kini Trending

Mahu Rumah Sentiasa Sejuk Tanpa Bil Melambung? Ini Rahsia Yang Ramai Tidak Tahu!

Kalau duduk Malaysia, memang tak boleh lari dari panas. Kadang-kadang baru pukul 10 pagi pun dah rasa macam tengah duduk bawah matahari terik!

Sebab itu penghawa dingin sudah menjadi keutamaan dalam setiap rumah terutamanya untuk keluarga dengan anak kecil atau warga emas.

Sejujurnya, pernah tak terfikir apa jadi bila aircond tiba-tiba rosak lepas tempoh jaminan habis?

Nak panggil servis boleh cecah ratus-ratus ringgit, kos tukar alat ganti!

Di sinilah pentingnya untuk buat keputusan bijak dari awal dalam memastikan terdapat perlindungan tambahan yang mampu memberi ketenangan untuk tempoh yang lebih panjang. bertahun-tahun.

Tenang Kepala Bila Ada Jaminan Tambahan

Ramai tidak tahu sebenarnya sekarang LG Malaysia tampil menawarkan RAC Extended Warranty Program yang memang khas untuk bantu pengguna rasa lebih yakin dan dilindungi selepas pembelian.

Melalui program ni, pengguna akan menerima:

  • Tambahan 2 tahun waranti untuk semua bahagian aircond jenis inverter (bermula dari tarikh pembelian).
  • 10 tahun jaminan pemampat (compressor warranty) untuk model-model terpilih.

Maknanya, kalau terdapat kerosakan yang tidak dijangka, anda tidak perlu risau untuk mengeluarkan wang sendiri bagi kos pembaikan sebabnya semuanya sedia ditanggung!

Sesuai sangat untuk pemilik rumah baru, keluarga yang sedang membesar atau mereka yang baru upgrade rumah sebab kita tahu, banyak benda lain nak difikir bila pindah rumah. Menarik bukan?

Mahukan Udara Yang Sejuk, Tapi Nak Jimat Juga? LG DUALCOOL™ AI Air Jawapannya

Selain dari jaminan tambahan, LG juga baru perkenalkan LG DUALCOOL™ AI Air, aircond pintar dengan teknologi AI yang bukan biasa-biasa.

Apa yang menarik dengan  LG DUALCOOL™ AI Air?

AI Core Tech – Kawalan bijak melalui aplikasi LG ThinQ; boleh tetapkan lokasi dan arah aliran udara ikut ruang dalam bilik. Tak ada lagi rasa “satu bahagian sejuk, satu bahagian panas”.

Sleep Timer+ – Belajar corak tidur anda dan laras suhu automatik sepanjang malam untuk tidur yang lebih lena tanpa gangguan.

AI kW Manager – Boleh tetapkan sasaran penggunaan tenaga harian atau bulanan dan AI akan memantau kadar penggunaan supaya tak terlebih. Jimat tenaga, jimat bil!

Window Open Detection – Tersilap lupa tutup tingkap masa aircond hidup? Tak risau — sensor AI akan kesan perubahan suhu dan aktifkan Energy Saving Mode secara automatik!

Paling penting, LG DUALCOOL™ AI Air ialah produk No. 1 Penjimatan Tenaga di Malaysia.

Untuk pengetahuan, nilai Cooling Seasonal Performance Factor (CSPF) sebanyak 8.19 Wh/Wh untuk model S3-Q090A1DA ini diperoleh daripada ujian yang dijalankan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah nombor laporan SJT161105081262025.

Keputusan ini hanya merujuk kepada unit yang diuji dan dalam keadaan tertentu sahaja. Prestasi sebenar mungkin berbeza ikut cara penggunaan, cara pemasangan, keadaan operasi, serta faktor persekitaran.

Dalam erti kata lain, nilai CSPF ini bukanlah jaminan yang semua unit akan bagi prestasi yang sama.

Jadi, bukan setakat sejuk dan selesa, anda juga turut membantu mengurangkan penggunaan tenaga untuk rumah lebih lestari.

Bila Teknologi dan Ketahanan Bergabung

Gabungan teknologi AI pintar dengan perlindungan Extended Warranty Program ni buatkan LG menonjol sebagai jenama yang bukan sekadar jual produk, tapi betul-betul ambil berat tentang ketenangan pengguna.

Dalam erti kata lain, anda bukan sekadar beli aircond tetapi juga beli jaminan ketenangan untuk tempoh panjang selama 3 tahun yang akan datang.

Hidup Lebih Tenang Bila Segalanya Dilindungi

Dalam dunia serba sibuk ni, kita memang nak yang mudah, tahan lama dan tak menyusahkan.

Menerusi LG RAC Extended Warranty Program dan LG DUALCOOL™ AI Air, anda bukan sahaja dapat kesejukan yang menyenangkan, tapi juga ketenangan hati sebab tahu setiap komponen penting dalam rumah anda dilindungi dengan baik.

Jadi sebelum panas melanda lagi, pastikan rumah anda dah bersedia dengan perlindungan terbaik daripada LG DUALCOOL™ AI Air!

Ketahui lebih lanjut mengenai LG DUALCOOL™ AI Air dengan klik di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×