Euforia Bola 2026
Famili

Mahu Bawa ‘Baby’ Jalan-Jalan? Ini Checklist Barang Wajib Yang Perlu Ada Dalam Diaper Bag

Dulu masa zaman bujang atau berdua, nak keluar rumah terasa macam senang sahaja? Hanya perlu bawa beg tangan, pakai gincu,kasut dan terus boleh jalan.

Namun, sejak sudah ada anak ini, mahu keluar ke kedai runcit berdekatan rumah pun persiapan yang rapi. Kalau tertinggal satu barang penting, boleh huru-hara jadinya.

Sebab itulah, diaper bag atau beg lampin anak ni ibarat ‘nyawa’ mak-mak bila berada di luar rumah.

Bagi para ibu terutamanya new parents yang selalu rasa kalut setiap kali nak bawa si kecil keluar berjalan, ayuh semak checklist barang wajib yang kena ada dalam diaper bag anda.

Barulah boleh jalan-jalan dengan tenang dan bergaya!

1. Lampin pakai buang

Ini barang paling utama! Aturan mudah untuk para ibu ialah bawa 1 keping lampin bagi setiap 2 jam anda berada di luar dan tambah 2 keping lagi sebagai back-up.

Kita tidak tahu kalau tiba-tiba anak ‘membuang’ lebih kerap daripada biasa.

Oh ya, para ibu boleh letakkan lampin dalam satu plastik berzip supaya ia kekal bersih dan tidak bercampur dengan habuk di dalam beg.

Anda boleh dapatkannya di SHEIN dan juga Shopee.

2. Tisu basah dan tisu kering

Tisu basah adalah penyelamat dunia! Bukan setakat untuk cuci punggung bayi tapi juga untuk lap tangan yang melekit, lap sisa makanan malah untuk lap meja makan di kedai.

Pastikan anda memilih tisu basah jenis fragrance-free (tanpa pewangi) dan alcohol-free untuk mengelakkan kulit bayi yang sensitif terkena ruam.

Anda boleh dapatkannya di SHEIN dan juga Shopee.

3. Satu set baju sepersalinan lengkap

Jangan sekali-kali keluar rumah tanpa membawa sekurang-kurangnya satu atau dua pasang baju salin.

Perkara tidak dijangka seperti muntah susu, kebocoran lampin atau baju basah lencun terkena air boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

Anda boleh dapatkannya di SHEIN.

Plastik kosong jangan dilupa!

Sentiasa selitkan 2-3 keping plastik kosong di dalam beg. Fungsinya sangat besar untuk mengisi baju kotor yang basah atau untuk membuang lampin terpakai sekiranya tiada tong sampah berdekatan. Sangat memudahkan anda sewaktu diperlukan.

4. Pelapik salin lampin

Bukan semua tandas awam menyediakan tempat menukar lampin yang bersih. Malah, ada kalanya kita terpaksa menukar lampin anak di dalam kereta atau di atas kerusi.

Membawa portable changing mat yang nipis dan mudah lipat akan memastikan bayi anda sentiasa baring di atas permukaan yang bersih dan bersih.

Anda boleh dapatkannya di SHEIN.

5. Keperluan menyusu (susu, botol dan air panas)

Bab perut anak memang tidak boleh dibawa bincang. Kalau mereka lapar, satu kompleks beli-belah boleh dengar suara mereka menangis!

Buat bayi menyusu botol, sediakan botol susu yang siap berisi air masak, bekas penyimpan formula dan termos berisi air panas.

Buat para ibu yang menyusu pula, jangan lupa bawa nursing cover supaya anda boleh menyusukan si kecil dengan selesa dan menjaga privasi di mana-mana sahaja.

Anda boleh dapatkannya di SHEIN.

6. Minyak telon dan ubat-ubatan asas

Kembung perut atau angin boleh membuatkan bayi meragam tanpa henti.

Jadi, sentiasa bawa minyak telon kegemaran anak anda. Selain itu, selitkan juga ubat-ubatan asas seperti:

  • Ubat demam (jika anak dalam fasa tumbuh gigi atau kurang sihat)
  • Krim ruam lampin
  • Hand sanitizer yang mesra bayi untuk mak ayah bersihkan tangan sebelum pegang anak

7. Mainan kecil

Bila anak mula bosan atau meragam dalam carseat atau stroller, ‘senjata’ ini sangat membantu.

Bawa satu atau dua mainan kegemaran mereka yang bersaiz kecil, teether atau pacifier (puting tiruan) ekstra jika anak anda menggunakannya.

Tip ekstra supaya beg tidak ‘banjir’ serta mudah untuk mencari barang

Gunakan Beg Jenis Banyak Poket: Beg yang mempunyai banyak bahagian (compartments) memudahkan anda mengasingkan barang menyusu, barang menukar lampin, dan barang kecemasan.

Gunakan Kaedah Pouch: Kumpulkan barang kecil mengikut kategori dalam beg pouch kecil yang lutsinar (contohnya: satu pouch ubat & minyak, satu pouch baju salin). Sekali imbas dah boleh nampak!

Kemas Semula Setiap Kali Balik Rumah: Lepas balik berjalan, terus buang sampah, basuh botol kosong, dan top-up semula lampin atau baju yang dah digunakan. Jadi, bila nak keluar kali seterusnya, beg anda dah sedia untuk dicapai!

Sudah sedia nak bawa si kecil keluar berjalan hujung minggu ni? Ayuh pack beg siap-siap hari ini supaya perjalanan anda sekeluarga lebih tenang, ceria dan bebas stres! Selamat bercuti!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×