Euforia Bola 2026
Famili

MAGGI Teruskan Tradisi Bubur Lambuk Lebih 20 Tahun, Kini Libatkan Universiti & Sukarelawan Muda

Meneruskan tradisi yang sudah sinonim dengan bulan Ramadan,  MAGGI® Malaysia kembali dengan kempen MAGGI® Bubur Lambuk Berkat Setempat (Ramadan 2026) yang menghimpunkan tukang masak komuniti, sukarelawan serta golongan belia untuk bersama-sama menyediakan hidangan istimewa ini.

Baca juga: ‘Save’ Siap-Siap Jadual Ini Untuk Rebut Lailatul Qadar, 10 Malam Terakhir Ramadan 2026 Bermula Hari Ini (9 Mac)

BUBUR LAMBUK BERKAT SETEMPAT ANJURAN MAGGI MALAYSIA

BUBUR LAMBUK BERKAT SETEMPAT

Melalui inisiatif ini, MAGGI® bukan sahaja membantu komuniti menyediakan bubur lambuk, malah turut menggalakkan generasi muda mempelajari tradisi tersebut supaya ia terus diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia, Ivy Tan Link Cheh, program Bubur Lambuk Berkat Setempat merupakan inisiatif Ramadan yang menyokong komuniti di seluruh negara dalam menyediakan dan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai.

“Tahun ini, kami bekerjasama dengan rakan komuniti di seluruh Malaysia untuk membantu menyediakan dan mengagihkan lebih 400,000 mangkuk bubur lambuk di lebih 300 lokasi.

“Dalam masa sama, kami turut mengajak lebih ramai anak muda Malaysia untuk terlibat dalam aktiviti ini supaya mereka dapat mempelajari tradisi memasak bubur lambuk dan meneruskannya pada masa hadapan,” katanya.

Bubur lambuk bukan sekadar hidangan berbuka puasa, malah ia melambangkan nilai kebersamaan, kemurahan hati dan semangat berkongsi rezeki yang sangat dekat dengan masyarakat Malaysia.

Menurut Ivy Tan, MAGGI® telah menyokong tradisi ini selama lebih 20 tahun sebagai usaha untuk terus menyumbang kepada komuniti setempat.

“Bagi kami, bubur lambuk melambangkan nilai Ramadan yang begitu bermakna. Kami berbangga dapat terus menyokong tradisi ini dengan cara yang kekal dekat dengan komuniti,” jelasnya.

Selain membantu dari segi pengagihan, MAGGI® turut menyokong aktiviti memasak secara gotong-royong melalui perkongsian panduan resipi serta tip memasak bagi memudahkan proses penyediaan dalam skala besar.

Malah, penggunaan MAGGI® CukupRasa™ turut membantu memastikan rasa bubur lambuk yang dimasak kekal konsisten walaupun melibatkan ramai tukang masak dalam satu masa.

Libatkan universiti & golongan belia

BUBUR LAMBUK BERKAT SETEMPAT

Bagi tahun 2026, inisiatif ini turut diperluaskan melalui kerjasama dengan beberapa universiti terpilih termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Kerjasama ini turut melibatkan persatuan wanita seperti PUSPANITA dan Penerokawati bagi membantu memperkenalkan tradisi memasak bubur lambuk kepada generasi muda.

Program ini juga memberi peluang kepada para sukarelawan, tukang masak komuniti serta ahli masyarakat untuk bersama-sama menyumbang tenaga dalam menyediakan hidangan berbuka puasa untuk dikongsi bersama.

Antara yang terlibat termasuk Puan Aishah Azizi, Ketua Pasukan Memasak Bubur Lambuk Masjid UPM, bersama beberapa tukang masak komuniti lain yang memainkan peranan penting dalam memastikan tradisi memasak bubur lambuk terus kekal hidup dalam masyarakat.

“Harapan saya supaya lebih ramai generasi muda tampil untuk belajar dan meneruskan tradisi ini. Bubur Lambuk bukan sekadar makanan, tetapi simbol perpaduan dan budaya berkongsi. Dengan sokongan komuniti dan rakan kerjasama seperti MAGGI®, saya yakin tradisi ini akan terus hidup setiap Ramadan,” ujarnya.

Melalui kempen MAGGI® Bubur Lambuk Berkat Setempat, tradisi memasak bubur lambuk bukan sahaja dapat diteruskan, malah turut menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara komuniti, sukarelawan serta generasi muda sepanjang bulan Ramadan.

Baca juga: Ramai Dah Mula Serbu! Ini Senarai Penuh TERKINI Tarikh Tukar Duit Raya Ikut Semua Bank

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×