Berita baik buat pencinta seni, Lumi News, agregator berita No.1 di Malaysia kini menjalinkan kerjasama strategik bersama CloudJoi, platform terkemuka bagi seni persembahan dan hiburan secara langsung.
Kolaborasi ini diumumkan secara rasmi menerusi acara JoiUp 2026, dengan matlamat untuk mendekatkan rakyat Malaysia dengan dunia seni kreatif tempatan daripada sekadar membaca, kini anda boleh terus alami sendiri pengalaman tersebut secara langsung.
Baca juga: KPM Tawar Tempat Automatik Di Matrikulasi Untuk Semua Calon SPM 10A Ke Atas, Tahniah!
LUMI NEWS JALIN KERJASAMA DENGAN CLOUDJOI

Melalui kerjasama ini, pengguna Lumi News kini boleh mengakses ‘News Stack’ khas daripada CloudJoi yang dikenali sebagai Acara Trending.
Di sini, anda boleh jumpa pelbagai acara menarik seperti teater muzikal, konsert, persembahan pentas dan banyak lagi, semuanya dikurasi khas di seluruh Malaysia.
Lebih menarik, pengguna juga boleh menikmati diskaun 10% (sehingga RM5) bagi setiap pembelian tiket yang dibuat melalui aplikasi Lumi News!
Menurut CEO Lumi News, Judith Yeoh, kolaborasi ini adalah langkah untuk menyokong industri seni tempatan sambil membuka peluang kepada orang ramai untuk menikmati pengalaman persembahan secara lebih mudah.
Sementara itu, CEO CloudJoi, Dennis Lee turut menyatakan bahawa kerjasama ini membantu memperluaskan capaian seni Malaysia kepada lebih ramai penonton serta menggalakkan lebih ramai orang untuk hadir ke acara secara langsung.
Cara nak beli tiket

1. Pastikan aplikasi Lumi News anda versi 2.12 atau terkini, kemudian buka ‘News Stack’ untuk lihat senarai acara mingguan.
2. Klik pada acara pilihan untuk lihat maklumat lanjut di laman CloudJoi.
3. Tekan ‘Book Now’ → ‘Checkout’, pilih jumlah tiket dan diskaun akan dimasukkan secara automatik.
4. Lengkapkan pembayaran dan anda dah sedia untuk nikmati persembahan.
Menariknya, tiada had pembelian, anda boleh gunakan tawaran ini sebanyak mana yang anda mahu, selagi tiket masih tersedia.
Kalau sebelum ini anda hanya baca tentang dunia seni, sekarang masa untuk alami sendiri. Siapa tahu, mungkin ini permulaan minat baru anda.
Baca juga: KPM Tawar Tempat Automatik Di Matrikulasi Untuk Semua Calon SPM 10A Ke Atas, Tahniah!
