Euforia Bola 2026
Famili

10 Tempat Hanya Indah Khabar Dari Rupa Di Malaysia, Kalau Pergi Rasa Serabut!

tarikan pelancong

Seperti yang kita tahu, rakyat Malaysia memang suka melancong walaupun hanya dalam negara sendiri. Hal ini kerana, banyak lokasi-lokasi tarikan pelancong yang menarik boleh dikunjungi tidak kira secara solo atau bersama keluarga.

Tapi, hakikat yang sukar ditelan ramai sebenarnya, banyak lokasi yang dikhabarkan menjadi tarikan ini hanyalah indah secara luaran sahaja. Bila dikunjungi, ramai yang berhadapan dengan kekecewaan dan tidak mahu berkunjung ke situ semula. Jadi, buat anda yang bakal ke 10 lokasi disenaraikan ini, semoga berjaya!

Baca juga: Ini 7 Lokasi Misteri Di Dunia Yang Masih Jadi Tanda Tanya Pengkaji, No.3 Seram!

10 LOKASI TARIKAN PELANCONG INI HANYALAH INDAH KHABAR DARI RUPA

1.Port Dickson

tarikan pelancong

Ini merupakan antara lokasi yang menjadi pilihan orang di Kuala Lumpur untuk ‘healing’ terutama sekali golongan muda. Oleh kerana itulah, lokasi Port Dickson ini dikatakan padat dengan manusia dan sampah kerana aktiviti melepak yang tiada berkesudahan. Malah, ada juga yang menjual makanan yang tidak menepati piawaian kebersihan.

2.Cameron Highland, Pahang

Lokasi ini menjadi pilihan terutama keluarga ketika musim cuti sekolah kerana cuacanya yang lebih dingin dari biasa. Sesuai untuk anda yang suka membeli pokok tanaman, namun Cameron Highland sering berhadapan dengan masalah tanah runtuh dan kesesakan jalan yang melampau. Orang kata juga, banyak hotel-hotel di Cameron Highland berhantu!

3.Melaka

Bandaraya Bersejarah ini merupakan lokasi yang pilihan ramai bagi yang menginginkan percutian tidak jauh dari Kuala Lumpur. Walaupun terkenal dengan masakan asam pedas, negeri ini akan sesak tidak kira anda berada di kawasan mana pun. Cuaca panas, harga makanan akan jadi mahal bila musim cuti sekolah serta penuh dengan sampah.

4.Bukit Tinggi

Selain Cameron Highland, lokasi yang mempunyai cuaca dingin seterusnya adalah Bukit Tinggi, Pahang. Menjadi terkenal kerana memperkenalkan seni bina bangunan seperti berada di Eropah, namun itulah sahaja tarikannya. Menyedihkan apabila, kawasan ini tidak mempunyai pembaharuan dan menjadi bosan hari demi hari.

5.Pantai Morib

Pantai Morib yang terletak di Banting, Selangor merupakan antara pantai yang disebut. Masalahnya, disebut bukan dari sudut positif tetapi dari sudut negatif. Tidak dijaga dari segi infrastruktur dan kebersihan menjadikan kawasan pantai ini penuh dengan sampah dan hanya tempat melepak.

6.Bukit Bintang

Bukit Bintang merupakan lokasi yang sering menjadi buah mulut ramai tidak kira negeri. Terletak di kota raya Kuala Lumpur dan mudah diakses melalui pengangkutan awam, Bukit Bintang ini ada juga sisi gelapnya. Sesak, panas dan penuh dengan warga asing menjadikan tahap keselamatan di kawasan tersebut berada di tahap membimbangkan.

7.Gunung Jerai

Ini merupakan lokasi yang pernah menjadi kebanggaan warga negeri Kedah. Terletak di gunung tertinggi di Kedah dan mempunyai cuaca dingin, Gunung Jerai mempunyai kemudahan resort di puncaknya. Namun, apa yang menjadi kerisauan adalah kita sering disogokkan dengan cerita-cerita seram yang berlaku semasa naik dan semasa turun puncak Gunung Jerai. Katanya, ramai kes kehilangan orang berlaku!

8.Zoo Negara

Zoo merupakan lokasi paling mudah untuk bawa anak-anak berjalan kerana boleh melihat pelbagai binatang secara lebih dekat. Oleh itu, Zoo Negara yang terletak di Kuala Lumpur ini menjadi lambang utama zoo di Malaysia tetapi semuanya tidak indah seperti yang digembar-gemburkan. Menyedihkan adalah, haiwan-haiwan seperti Harimau Malaya kelihatan kurus seolah-olah tidak mendapat khasiat makanan yang cukup.

9.Pantai Tanjung Dawai

Tanjung Dawai merupakan lokasi pelancongan dan perniagaan yang popular sekitar utara. Berdekatan dengan kawasan pantai dan menjadi port orang membeli barangan mentah kering seperti ikan masin, lokasi ini tidak dijaga dan dimajukan mengikut zaman semasa. Pantai sudah menjadi kotor, kedai makan di kawasan sekitar tidak dijaga dengan elok dan barang jualan pun mahal menyebabkan Tanjung Dawai sudah kurang dikunjungi.

10.Sungai Chilling, KKB

Sebut sahaja Sungai Chilling, kita terbayangkan kesejukkan air terjun dna ketengangan yang boleh didapati. Namun, itu hanyalah semasa awal-awal pembukaannya. Kini, kawasan air terjun ini lebih terkenal dengan kes-kes air kencing tikus dan lemas.

*Kalau ini merupakan lokasi kegemaran anda, tiada masalah untuk teruskan berada di sana. Namun, jika anda tak percaya dengan sisi gelap kawasan pelancongan ini, dipersilakan untuk mencuba sendiri!

Baca juga: Nak Melamar Kekasih ‘Ditemani’ Ikan Jerung? Aquaria KLCC Tawar Pakej Lamaran Eksklusif!

Sumber: InfoPertiwi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×