Artikel kali ini penulis ingin kongsikan beberapa senarai lokasi kamera AwAS dan bagi anda yang tidak tahu, kamera AwAS adalah penjenamaan semula bagi AES yang dilaksanakan pada 2017.
Masih menggunakan konsep yang sama iaitu satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan radar untuk merakam kesalahan dan menguatkuasakan Sistem Mata Demerit bagi kesalahan AwAS.
Baca juga: Impian 18 Sekeluarga Jejak Tanah Suci Tak Kesampaian, Putih Mata Kena ‘Scam’ Bernilai RM90,000!
SENARAI LOKASI KAMERA AWAS DAN JENIS KESALAHAN DIKESAN

Kamera AwAS berupaya mengesan dan merakam secara automatik sebaik sahaja mana-mana kesalahan lalu lintas dilakukan seperti:
- Tidak mematuhi lampu isyarat merah
- Memandu melebihi had laju
- Memotong sebelah kiri
- Memotong di garisan berkembar
- Memandu di lorong kecemasan
- Larangan kenderaan berat di musim perayaan
- Tail gating
- Kenderaan melebihi muatan
- Congestion pricing
- Multi-lanes free flow
- Mengesan kenderaan asing
Maklumat kesalahan ini kemudiannya dihantar secara online ke Pusat Kawalan (Control Center) untuk diproses bagi mengenal pasti pemandu/pemilik kenderaan berdasarkan maklumat pemilik kenderaan/ pemandu yang terdapat dalam data.
Sistem akan mengeluarkan saman secara automatik untuk dihantar melalui pos kepada Orang Kena Saman (OKS).
Lokasi kamera AwAS di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
Berikut merupakan senarai lokasi kamera AwAS yang anda perlu tahu:
Arah Utara
KM 96.3: Kuala Muda
KM 1: Johor Bahru
KM 151: Pagoh
KM 184.2: Jasin
KM 214.4: Alor Gajah
KM 328.8: Behrang
KM 375.9: Slim River
KM 204.6: Taiping
KM 174: Bandar Baharu
KM 166: Seberang Perai Selatan
Arah Selatan
KM 1: Johor Bahru
KM 146.8: Pagoh
KM 185: Bemban
KM 214.3: Alor Gajah
KM 301.6: Kajang
KM 299.9: Kampar
KM 97.2: Kuala Muda
Menurut Pejabat Menteri Pengangkutan, bagi pelaksanaan pemantauan had laju berasaskan kaedah ‘point-to-point’ menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS), masih belum bermula.
“Ujian rintis sistem point-to-point masih belum dimulakan. Setakat ini, belum ada maklumat mengenai tarikh ia dijadualkan bermula,” jelasnya.
Baca juga: Tiga Negeri Catat Cuaca Panas Tahap 1 Atau Berjaga-Jaga, Cecah Suhu 37 Darjah Celcius!
Sumber: Berita Harian & Aplikasi X
