Euforia Bola 2026
Famili

Cara Tukar Lesen Memandu Percubaan Kepada Kompeten Guna Aplikasi MyJPJ

LESEN MEMANDU PERCUBAAN

Baru-baru ini Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan, Datuk Aedy Fadly Ramli ada mengumumkan satu berita gembira. Beliau memberitahu bahawa permohonan Pertukaran Lesen Memandu Percubaan (PDL) kepada Lesen Memandu Kompeten (CDL) boleh dilakukan melalui aplikasi MyJPJ.

Jelasnya, fungsi baharu ini bertujuan untuk memudahkan orang ramai membuat permohonan CDL secara dalam talian, tanpa perlu hadir ke kaunter JPJ.

Baca juga: Cara Tukar Nama Kenderaan Tanpa Perlu Pergi JPJ, Buat ‘Online’ Tak Payah Beratur!

TUKAR LESEN MEMANDU PERCUBAAN KEPADA KOMPETEN GUNA MYJPJ

LESEN MEMANDU PERCUBAAN

Jika anda masih belum mengetahui caranya, penulis kongsikan di bawah ini:

1. Muat turun aplikasi MyJPJ di telefon pintar anda.

2. Log masuk ke akaun MyJPJ dan pilih ‘Permohanan CDL’ di bahagian menu.

3. Setelah itu, klik ‘Tempoh Pembaharuan’ dan pilih ‘Mod Pembayaran’.

4. Paparan ‘Pengesahan’ untuk meneruskan bayaran akan keluar.

5. Setelah bayar, ‘Status Berjaya’ akan dipaparkan.

Permohonan ini boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada tanpa perlu mengambil cuti terutamanya ketika waktu bekerja.

JPJ Malaysia berharap agar inisiatif ini dapat memudahkan urusan penukaran Lesen Memandu Percubaan kepada Lesen Memandu Kompeten.

Ini bermakna urusan pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara digital ini tidak mengambil masa yang lama selain mengurangkan kesesakan di bahagian kaunter.

“Pihak JPJ sentiasa komited untuk meningkatkan kualiti dan mutu penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” jelasnya.

Baca juga: Cara Peniaga Enterprise Ambil Gaji Diri Sendiri, Kalau Silap Langkah Boleh Muflis!

Sumber: Instagram jpjmalaysia & BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×