Euforia Bola 2026
Nur

Tular Video Ada Bahan Berasaskan Babi Dalam Pembuatan Sabun, JAKIM Dedah Cerita Sebenar!

lemak babi

Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil memberikan penjelasan susulan penularan sebuah video di media sosial yang memaparkan proses pembuatan sabun dipercayai menggunakan bahan lemak babi.

Menurut kenyataan rasmi, produk yang dipaparkan dalam video tersebut bukanlah produk yang menerima pensijilan halal daripada JAKIM. Malah, semakan mendapati ia juga tidak memaparkan sebarang logo halal daripada Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang diiktiraf oleh pihak berkuasa itu.

Baca juga: Harga Terkini Kos Bersalin Di Hospital Kerajaan Dari Kelas 1 Hingga Kelas 3, ‘Save’ Untuk Rujukan!

TULAR VIDEO SABUN ADA LEMAK BABI, JAKIM DEDAHKAN HAL SEBENAR

LEMAK BABI

JAKIM memaklumkan bahawa orang ramai tidak perlu keliru atau membuat andaian, sebaliknya disaran merujuk kepada status pensijilan yang sah sebelum mempercayai sesuatu produk sebagai halal.

Dalam pada itu, pengguna diingatkan supaya sentiasa mengutamakan produk yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf, sama ada dikeluarkan oleh JAKIM atau badan pensijilan halal luar negara yang tersenarai di bawah pengiktirafan rasmi.

“Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM mengambil maklum keresahan orang ramai berhubung video pembuatan sabun daripada bahan berasaskan khinzir yang tular di media sosial pada masa ini.

“Bahagian ini ingin menegaskan bahawa produk berkenaan tidak dipersijilkan halal oleh JAKIM. Produk berkenaan juga tidak memaparkan logo halal daripada mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara (FHCB) yang diiktiraf oleh JAKIM,” jelasnya.

LEMAK BABI

Selain itu, masyarakat juga digesa supaya lebih peka dengan meneliti label, ramuan serta maklumat pengilang pada bungkusan produk sebelum membuat keputusan pembelian.

Langkah ini penting bagi memastikan barangan yang digunakan mematuhi tuntutan syarak dan memberi ketenangan kepada pengguna Muslim.

Penjelasan ini diharap dapat meredakan kebimbangan orang ramai serta mengelakkan penyebaran maklumat yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa memilih produk yang dipersijilkan halal oleh JAKIM atau badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf. Pengguna juga disaran supaya lebih berwaspada dan berhati-hati dalam memilih produk dengan menyemak label dan kandungan produk terlebih dahulu sebelum membuat pembelian, ujarnya.

Baca juga: Bayi Berat Hampir 5Kg Selamat Dilahirkan, Petugas Hospital Berlari Nak Lihat Kecomelan Si Kecil!

Sumber: Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×