Euforia Bola 2026
Suami Isteri

5 Sebab Kenapa Lelaki Bujang Lebih Suka Janda Berbanding Anak Dara, Tak Sangka Yang No 2!

LELAKI SUKA JANDA

Pernah tak anda terfikir kenapa sesetengah lelaki suka janda berbanding anak dara? Mungkin ada yang beranggapan bahawa janda lebih berpengalaman tetapi sebenarnya ia melibatkan pelbagai faktor.

Dari segi kematangan emosi hingga ke keyakinan diri yang tinggi, janda sering dilihat sebagai individu yang lebih bersedia untuk membina rumah tangga.

Baca juga: Nak Jadi Ayah Kebanggaan Anak, Kena Jadi Yang No.1 Ini, Jangan Sekadar Ada Tapi Tak Wujud!

KENAPA LELAKI SUKA JANDA? SEBAB PENGALAMAN KE

LELAKI SUKA JANDA

Freepik

Dalam artikel ini, penulis akan ‘bongkarkan’ beberapa sebab lelaki lebih cenderung memilih janda sebagai pasangan hidup.

1. Lebih matang

Antara sebab pertama lelaki suka janda adalah disebabkan mereka lebih matang berbanding anak dara. Hal ini sama seperti hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim:

هَلَكَ أَبِي وَتَرَكَ سَبْعَ بَنَاتٍ أَوْ تِسْعَ بَنَاتٍ، فَتَزَوَّجْتُ امْرَأَةً ثَيِّبًا، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَزَوَّجْتَ يَا جَابِرُ» فَقُلْتُ: نَعَمْ، فَقَالَ: «بِكْرًا أَمْ ثَيِّبًا؟» قُلْتُ: بَلْ ثَيِّبًا، قَالَ: «فَهَلَّا جَارِيَةً تُلاَعِبُهَا وَتُلاَعِبُكَ، وَتُضَاحِكُهَا وَتُضَاحِكُكَ» قَالَ: فَقُلْتُ لَهُ: إِنَّ عَبْدَ اللَّهِ هَلَكَ، وَتَرَكَ بَنَاتٍ، وَإِنِّي كَرِهْتُ أَنْ أَجِيئَهُنَّ بِمِثْلِهِنَّ، فَتَزَوَّجْتُ امْرَأَةً تَقُومُ عَلَيْهِنَّ وَتُصْلِحُهُنَّ، فَقَالَ: «بَارَكَ اللَّهُ لَكَ» أَوْ قَالَ: «خَيْرًا»

Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?”

Jawabku: Ya, baginda bertanya : “Anak dara atau janda?” Jawabku : “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa.”

Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.

Jika seseorang itu mempunyai alasan tersendiri untuk memilih janda, maka itu adalah haknya.

2. Kurang drama & lebih realistik

Ramai janda lebih bersikap terbuka dan realistik dalam soal cinta dan hubungan kerana pengalaman masa lalu mengajar mereka tentang realiti kehidupan.

Mereka biasanya tidak terlalu idealistik atau emosional berlebihan dan itu salah satu ciri yang disenangi lelaki kerana mereka mahukan ketenangan.

3. Lebih berdikari

Ramai janda sudah terbiasa berdikari, sama ada dari segi kewangan, menguruskan rumah tangga, atau membesarkan anak. Ciri berdikari ini mampu memberi daya tarik tersendiri kerana lelaki menghargai pasangan yang tidak terlalu bergantung dan tahu menguruskan hidup dengan baik.

4. Pengalaman dalam menyayangi abang

Sebagai bekas isteri atau ibu, janda mempunyai naluri keibuan dan sifat penyayang yang tinggi. Lelaki pastinya mahukan pasangan yang penyabar, memahami dan menyayangi suami

5. Aura wanita berpengalaman

Lelaki secara semula jadi tertarik kepada wanita yang mereka anggap “faham lelaki” atau tidak kekok dalam hubungan. Rata-rata beranggapan janda pandai menggoda kerana pengalaman perkahwinan sebelum ini.

Baca juga: Bilangan Kanak-Kanak Ke Sekolah Pendidikan Khas Meningkat, Anak Normal Boleh Jadi Pseudo Autism, Puncanya Hanya Satu!

Sumber: Mufti Perlis & Ooh Senyum 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×