Euforia Bola 2026
Inspirasi

Tular Video Lelaki Kaki Kudung Jalan Jauh Demi Cari Makanan, Warganet Sebak Bila Ada Yang Tolong!

LELAKI KAKI KUDUNG

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh akaun Instagram milik Storiemy_, tular rakaman menyentuh hati seorang lelaki kaki kudung, memakai jersi berwarna kuning berjalan menggunakan tongkat seorang berjalan seorang diri.

Difahamkan, lelaki ini hidup bersendirian selepas pemergian kedua-dua ibu bapanya. Dia tidak mempunyai keluarga terdekat yang menjaga atau menemaninya.

Baca juga: Wajah Anak Fila Amir Jadi Perhatian, Warganet Persoal Tak Sama Macam Ayah, “Itu Kan Ciptaan Allah”

LELAKI KAKI KUDUNG BERJALAN DALAM HUJAN CARI MAKANAN

LELAKI KAKI KUDUNG

Lebih menyedihkan, rumah yang didiaminya kini tidak lagi mempunyai bekalan elektrik kerana dia tidak mampu untuk membayar bil yang tertunggak sejak sekian lama.

Menurut video tular itu, lelaki ini keluar dari rumah dalam keadaan hujan kerana tiada pilihan lain. Dia terpaksa berjalan jauh untuk mencari makanan kerana tiada kedai berdekatan dan tiada siapa yang menghantar atau membantunya.

Langkahnya perlahan, namun jelas kelihatan keazaman untuk meneruskan hidup walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Keadaan sekitar juga kelihatan sunyi, tanpa sesiapa pun yang datang menghulurkan bantuan.

Kisah ini bukan sekadar potret kesusahan, tetapi juga cerminan realiti hidup segelintir rakyat Malaysia yang masih bergelut dengan kemiskinan, ketidaksamaan akses, dan kekurangan sokongan sosial.

LELAKI KAKI KUDUNG

Video perkongsian lelaki berbangsa Cina itu dibanjiri perkongsian daripada warganet yang rata-rata turut bersimpati melihat lelaki kaki kudung berkenaan.

Ramai meluahkan rasa sedih dan sebak melihat keadaan dirinya yang terpaksa mengharungi hidup serba kekurangan seorang diri.

Baca juga: Bermula 1 Julai, Semua Bank Akan Kenakan Cukai Perkhidmatan Sebanyak 8%

Sumber: Storiesmy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×