Euforia Bola 2026
Sihat

Kajian Dedah Lelaki Usia 35-45 Tahun Paling ‘Gatal’, Meriah Komen Tentang Guru Wanita Cantik Di Sekolah Anak!

lelaki gatal

Istilah ‘lelaki gatal’ sering dikaitkan sebagai stereotaip kepada lelaki iaitu lelaki yang mudah tertarik atau berkelakuan nakal apabila melihat wanita. Namun, menurut perkongsian seorang pemerhati kesihatan mental, Amirul Ramli, usia tertentu memang menunjukkan tahap kehendak seksual yang lebih tinggi.

Melalui video di TikTok, beliau menyatakan bahawa fasa tertinggi seksual seorang lelaki berlaku sekitar usia 35 hingga 45 tahun.

Baca juga: Lelaki Kongsi Petua Berkesan Pecahkan Batu Karang Sehingga Berpasir, Rahsianya Guna Buah & Daun Ini!

LELAKI GATAL, FASA TERTINGGI SEKSUALNYA DI USIA BERAPA?

lelaki gatal

“Biasanya lelaki dalam usia 35 hingga 45 tahun berada pada fasa paling stabil dari segi emosi, kerjaya dan kewangan. Keyakinan diri meningkat, pengalaman hidup bertambah dan mereka rasa lebih in control,” kata Amirul menerusi video TikTok.

Ujar Amirul lagi, tingkah laku tersebut dapat dilihat dengan jelas melalui interaksi lelaki dalam media sosial.

Cuba tengok komen di video anak kembali ke sekolah. Lepas itu ada cikgu cantik sikit, tengoklah komen tu, eh rasa nak masuk sekolah balik lah, lepas ini nak hantar anak setiap hari lah.” jelasnya berseloroh.

Kajian melibatkan hampir 70,000 individu menunjukkan usia 35 hingga 45 tahun adalah puncak seksual lelaki bukan hanya kerana biologi, tetapi juga faktor psikologi dan sosial.

Pada usia ini, keyakinan diri, kestabilan hidup dan pengalaman membuat lelaki lebih yakin dan rasa in control, sekali gus menjelaskan mengapa stereotaip ‘lelaki gatal’ sering dikaitkan pada golongan ini.

Selepas itu, kehendak seksual lelaki akan mula menurun seiring pertambahan usia. Perkara ini sebenarnya berlaku kepada lelaki dan wanita, cuma penurunan pada wanita biasanya berlaku lebih awal,” tambah Amirul.

Baca juga: Jangan Terus Kemas Katil Lepas Bangun Tidur, Geng ‘Liat’ Mesti Senyum Lebar Lepas Tahu Sebabnya!

lelaki gatal

Bilangan anak mempengaruhi kehendak seksual wanita dan lelaki yang berbeza

Amirul turut mendedahkan satu fakta menarik berkaitan bilangan anak:

Saya bagi fakta lagi yang mungkin anda nak tahu, bila anak semakin ramai, kehendak seksual wanita biasanya menurun. Tapi bila anak semakin ramai, kehendak seksual lelaki pula cenderung meningkat.” jelasnya.

Kesimpulannya, stereotaip lelaki gatal sebenarnya mempunyai asas saintifik dan psikologi. Usia 35 hingga 45 tahun menandakan fasa di mana lelaki lebih yakin, stabil dan secara semula jadi mempunyai tahap seksual tertinggi, namun tingkah laku ini juga dipengaruhi oleh faktor sosial dan pengalaman hidup.

@amirul.ramli♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth

Baca juga: Semak Rumah Mak Ayah Selamat Atau ‘Perangkap Maut’, Ini 4 Risiko Serius Jika Jatuh Cedera Tulang Pinggul!

Sumber: TikTok @amirul.ramli

FT Image: tirachardz / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×