Berita melaporkan bahawa tiga lelaki berparang bertindak samun taska dan melakukan keganasan dengan menampar seorang guru wanita.
Kejadian yang berlaku di Sabak Bernam itu dilaporkan terjadi pada jam 9.35 pagi di mana dua guru wanita serta seorang pembantu dapur sedang menunggu kedatangan kanak-kanak di taska itu.
Baca juga: Ada Sepasang Kasut Berlumpur Ditemukan Di Sebelah Peti Ais Rumah Zayn Rayyan
TIGA LELAKI BERPARANG SAMUN TASKA & TAMPAR GURU WANITA

Menurut Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Md Yusof Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang tenaga pengajar yang memaklumkan disamun tiga lelaki tempatan menaiki kereta Perodua Bezza.
“Ketiga-tiga suspek bersenjatakan parang meluru masuk ke dalam premis dan melarikan dua utas rantai emas dan sebuah telefon bimbit milik dua guru terbabit.
“Polis menerima maklumat, salah seorang suspek bersenjatakan parang bertindak agresif dengan menampar guru wanita terbabit sebanyak dua kali di bahagian pipi kiri dan kanan,” jelasnya.
Siasatan awal mendapati semasa kejadian berlaku, terdapat dua guru, seorang pembantu dapur dan 10 orang kanak-kanak.
Difahamkan, tiada sebarang kecederaan berlaku pada kanak-kanak namun dua orang guru taska mengalami kerugian. Hal ini kerana dua guru taska mengalami kerugian selepas barangan kemas dan telefon bimbit jenama Realme dilarikan suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan samun dengan senjata. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara hingga 20 tahun serta denda dan sebatan.
Baca juga: Budak Lelaki Autisme Hilang Dari Rumah, Hanya Anak Patung Yang Tinggal…
Sumber: Sinar Harian
