Euforia Bola 2026
Nur

Jangan Jadi Pentaksub Lelaki Berpakaian Wanita, Makin Disokong Makin Tak Malu!

LELAKI BERPAKAIAN WANITA

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai penampilan kaum lelaki berpakaian wanita ketika berada di sebuah anugerah yang diadakan di Shah Alam.

Menerusi luahan pengguna media sosial, rata-rata berpendapat bahawa perkara ini berlaku disebabkan sokongan ‘peminat’ golongan tersebut.

Baca juga: Baca Betul-Betul Bila Dapat Kad Jemputan, Takut Haram Makan Kalau Tulis Macam Ini….

LELAKI BERPAKAIAN WANITA JANGAN DINORMALISASIKAN

LELAKI BERPAKAIAN WANITA

Menerusi perkongsian Ustazah Asmak Husin di laman Instagramnya, lelaki berpakaian wanita zaman sekarang semakin menjadi-jadi dan dianggap sebagai satu trend tanpa rasa malu.

“Dulu, orang kita malu dan segan, tapi sekarang ia dilihat seperti fesyen dan trend. Ada juga yang saya tengok asalnya tidaklah nampak perempuan sangat pakaiannya tetapi semalam ada yang melebih-lebih dengan cara jalannya dan lain-lain.

“Inilah yang dinamakan normalisasi. Lebih parah apabila masyarakat mula rasa biasa dan industri mengiktirafnya,” luahnya.

Seperti mana kita tahu, Allah SWT melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita begitu juga sebaliknya. Sabda Rasulullah SAW:

لَعَنَ اللهُ المُتَشَبهِينَ مِنَ الرّجالِ بالنّسَاءِ، وَالمُتشبِهاتِ مِن النّسَاءِ بالرّجَالْ

Maksudnya: “Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR al-Bukhari).

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam memantau anak mereka terutamanya di media sosial, cara pergaulan, cara berpakaian termasuk bangga dengan penampilan fitrah perempuan atau lelaki.

“Kalau nak bahagia secara fitrah, wajib ikut cara hidup Islam. Sesat dalam cahaya rasa seronok dan bahagia tapi lama kelamaan hati jadi kosong dan semakin kusut.

“Kami tegur bukan sebab angkuh tetapi sayang. Saya tengok ramai anak muda kita berpotensi tetapi sebagai orang tua kami patut tegur sebelum terlambat,” katanya.

Diharapkan lelaki berpakaian wanita di luar sana dapat kembali kepada fitrah asal supaya hidup sentiasa diberkati oleh Allah SWT.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda semua di luar sana.

Baca juga: Cara Buat Air Yasin Supaya Lebih Mujarab, Kena Ikut Urutan Bacaan Macam Ini

Sumber: Instagram Ustazah Asmak Husin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×