Euforia Bola 2026
Famili

Lelaki Ini Kongsi Gambar Raya Keluarga Di Media Sosial, Terima Reaksi Negatif Kerana Berkulit Gelap!

berkulit gelap

Perkongsian seorang lelaki berkulit gelap yang memuat naik gambar sambutan Aidilfitri bersama keluarga di media sosial mendapat perhatian ramai apabila menerima pelbagai reaksi, termasuk komen berbaur sindiran terhadap rupa parasnya.

Muhammad Hafis Mohamed Hussien, 27, berkata dia tidak menyangka perkongsian pertama melibatkan keluarganya di aplikasi Threads itu akan menarik perhatian ramai.

Baca juga: Selalu ‘Blank’ Nak Jawab Exam Sejarah? Cuba Guna Keyword Ini Untuk Hafal & Lebih Senang!

‘FACE SHAMING’ KERANA BERKULIT GELAP

BERKULIT GELAP

Kredit: Threads Apiszhussein

Menurutnya, gambar tersebut dimuat naik sekadar untuk kenangan sempena Aidilfitri, lebih-lebih lagi merupakan kali pertama mereka menyambut hari raya bersama kehadiran cahaya mata yang masih kecil.

Walaupun menerima banyak komen positif dan ucapan baik daripada orang ramai, Hafis turut berdepan dengan segelintir individu yang meninggalkan komen negatif. Antara yang paling ketara adalah sindiran terhadap warna kulitnya selain dakwaan yang mempersoalkan status dirinya sebagai rakyat tempatan.

“Ada yang kata saya warga asing hanya kerana warna kulit saya yang gelap. Jika nak sedih atau kecewa pun, saya bukan boleh tutup mulut orang jadi terima saja selagi mana mereka tak hina anak dengan isteri.

“Kongsi di Threads untuk kenangan sahaja tapi terkejut juga bila dapat banyak komen dan banyak yang positif. Cuma di ruangan komen itu, ramai juga yang menghina wajah saya sampai kata saya bukan rakyat negara ini sedangkan lahir dan membesar di sini,” jelasnya.

BERKULIT GELAP

Kredit: Threads Apiszhussein

Katanya, dia bukanlah pengguna aktif di platform tersebut dan tidak menjangka perkongsian ringkas itu akan mencetuskan perbualan meluas. Situasi itu juga secara tidak langsung mengingatkannya kepada pengalaman lampau, di mana dia sering menjadi bahan ejekan sejak zaman persekolahan hanya kerana berkulit gelap.

Menurut Hafis, perkara sama turut berlaku ketika dia melangkah ke alam pekerjaan, menjadikan dirinya sudah lali dengan kata-kata sedemikian. Namun begitu, dia mengakui tetap timbul rasa bimbang sekiranya anaknya suatu hari nanti terpaksa melalui pengalaman yang sama.

Dalam masa sama, isterinya juga pernah berasa terkesan dengan komen negatif yang dilemparkan sebelum ini apabila gambar mereka tular di media sosial. Walau bagaimanapun, Hafis menasihatkan agar tidak terlalu mengambil hati terhadap pandangan negatif yang tidak memberi manfaat.

Walaupun berdepan dengan pelbagai kecaman, Hafis memilih untuk tidak melayan komen sedemikian dan menganggapnya sebagai satu ujian dalam kehidupan. Dia juga menzahirkan rasa syukur dengan apa yang dimiliki serta berterima kasih kepada individu yang memberikan kata-kata semangat dan sokongan, meskipun tidak mengenali dirinya secara peribadi.

Baca juga: Nak Tahu Berus Itu Guna Bulu Babi Atau Tidak? Ini Ciri-Ciri Paling Senang Kenal Pasti Sebelum Beli!

Sumber: Harian Metro & Threads Apiszhussien

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×