Euforia Bola 2026
Famili

Burung, Anjing Setia Mengiringi Lelaki Pembawa Rezeki Setiap Pagi, Undang Perhatian Warganet

HAIWAN JALANAN

Baru-baru ini, satu video tular di TikTok memaparkan momen ringkas namun penuh makna apabila sekumpulan haiwan jalanan setia mengekori seorang lelaki yang dipercayai sering memberi mereka makanan setiap pagi.

Difahamkan, haiwan jalanan itu sudah terbiasa menunggu kehadiran lelaki berkenaan kerana dia sering membawa makanan untuk mereka sebelum meletakkannya di kawasan rumput berhampiran.

Baca juga: Hasil Didikan Ayah Sejak Kecil, Pelajar USIM Rangkul Johan Tilawah Al-Quran Kebangsaan

HAIWAN JALANAN SETIA IKUT LELAKI BAWA REZEKI

HAIWAN JALANAN

Difahamkan, haiwan-haiwan itu sudah terbiasa menunggu kehadiran lelaki berkenaan kerana dia sering membawa makanan untuk mereka sebelum meletakkannya di kawasan rumput berhampiran.

Tindakan lelaki itu yang konsisten memberi makan kepada haiwan jalanan mengundang rasa kagum dalam kalangan netizen. Ramai yang tersentuh dengan keikhlasan ditunjukkan, malah mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan serta dimurahkan rezeki.

“Selalunya pagi-pagi burung dan anjing tu akan ikut uncle motor tu sebab uncle tu bawa makanan, nanti dia akan letak makanan tu dekat area rumput belah depan sana. Semoga uncle motor tu murah rezeki selalu. Minyak motor selalu penuh, motor tak akan rosak dan dipermudah segala urusan,” ujarnya.

Tinjauan di ruangan komen turut dipenuhi reaksi positif. Ada pengguna yang menggelarnya sebagai ‘Snow White versi lelaki’ kerana sifat penyayangnya terhadap haiwan.

“Haiwan memang akan ingat tuan yang bagi dia makan. Dia kenal bau tuan. Dekat tempat saya pun ada pakcik dan makcik naik basikal selalu bagi isi ikan dekat anjing dan kucing.

Setiap kali dia lalu bawa makanan anjing dan kucing semua kejar. Pakcik n makcik itu dari penampilan nampak macam orang biasa tapi mampu sedekah hari-hari. Masyallah,” kata Nurlydhiaa.

HAIWAN JALANAN

Selain itu, seorang lagi pengguna, San Iksan, berpendapat bahawa sikap haiwan yang mendekati lelaki tersebut mencerminkan keperibadiannya.

Seorang pengguna lain turut berkongsi pandangan serupa, sambil mendoakan kesejahteraan lelaki berkenaan.

“Burung pun tahu siapa yang akan bagi dia makan. Siap ikut dan tunggu lagi, mesti lelaki tu insan yang baik hati, semoga dia selalu dilimpahi rezeki yang luas dan dipermudahkan segala urusan,” kata Sis Comey.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 300,000 tontonan, sekali gus membuktikan bahawa kisah-kisah kecil penuh kebaikan masih mampu menyentuh hati masyarakat.

@feenor94

Selalunya pagi2 burung dan anjing tu akan ikut uncle motor tu. sbb uncle tu bawa makanan, nnti dia akan letak makanan tu dekat area rumput belah depan sana. Moga uncle motor tu murah rezeki selalu. Minyak motor selalu penuh, motor x akan rosak, dan dipermudah segala urusan.

♬ 原聲 – NoralFlute

Baca juga: Termometer Merkuri Pecah TAK BOLEH Sapu Atau Vakum, Risiko Racun Kanser Boleh Tersebar!

Sumber: TikTok Wafee Nordin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×