Euforia Bola 2026
Famili

Wow! Le Nona Raih RM10 Juta Jualan, Ada Promosi Hebat Untuk Pelanggan Setia…

LE NONA

Le Nona, jenama gaya hidup premium tempatan mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mencatat jualan mencecah RM10 juta dan itu merupakan satu pencapaian luar biasa yang tidak mungkin tercapai tanpa sokongan semua pelanggan setia.

Le Nona merupakan hasil kolaborasi istimewa dengan program TV ikonik, Nona, yang sinonim dengan wanita moden dan gaya hidup sofistikated. Kerjasama ini membuahkan jenama yang menggabungkan elemen inspirasi, kecantikan dan keanggunan dalam setiap rekaan, menjadikan Le Nona dekat di hati para wanita Malaysia.

Baca juga: REV Media Group ‘Sapu Bersih’! Raih 7 Trofi Berprestij Termasuk Penerbit Digital Terbaik 2025

LE NONA RAIH RM10 JUTA JUALAN, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA

LE NONA

Le Nona menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi yang menepati cita rasa elegan:

  1. Pinggan mangkuk kaca opal dengan sentuhan motif moden klasik
  2. Periuk dan peralatan memasak premium, ideal untuk mereka yang mementingkan kualiti serta gaya di dapur
  3. Set cadar dan bantal mewah dengan rekaan elegan yang menyempurnakan suasana bilik tidur

Setiap koleksi direka dengan teliti, menampilkan rekaan eksklusif dan warna premium, sesuai untuk mereka yang menghargai estetika dan kualiti.

Mengangkat slogan “Sentuhan Elegan Citarasa Anda”, Le Nona menekankan perincian dalam setiap produk dari dapur ke ruang tamu hinggalah bilik tidur.

Gabungan gaya eksklusif dan mampu milik menjadikan jenama ini pilihan utama ramai wanita, khususnya golongan ibu moden yang mengutamakan citarasa tinggi dalam kehidupan seharian.

LE NONA

Pencapaian jualan RM10 juta membuktikan permintaan tinggi terhadap produk Le Nona. Beberapa faktor kejayaan utama termasuk:

  • Kolaborasi strategik bersama TV3 dan program Nona
  • Kempen digital dan promosi berterusan
  • Kehadiran di platform e-dagang utama
  • Siaran TV dan promosi bermusim seperti Ramadan, Hari Raya & Jualan Akhir Tahun

Gabungan strategi ini berjaya menjangkau jutaan pelanggan, memperkukuh kedudukan Le Nona sebagai antara jenama gaya hidup tempatan paling berjaya.

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan anda, Le Nona membawakan PROMOSI ISTIMEWA selama dua hari, iaitu pada 16 dan 17 Jun 2025!

Saksikan siaran langsung eksklusif Le Nona di TV3 jam 1 petang. Pelanggan yang ingin membeli produk Le Nona boleh dibuat di laman web www.lenona.com.my.

Selain itu boleh juga memuat turun aplikasi WOWSHOP daripada Google Play (Android), App Store (iOS) dan Huawei App Gallery.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×