1. Ada ganjaran & diskaun eksklusif

Ahli LBS Perks & Plusses memang dilayan istimewa macam VIP. Dengan diskaun khas, promosi, dan tawaran istimewa pada hartanah serta perkhidmatan berkaitan, anda akan rasa lebih berbaloi sebagai pemilik rumah LBS.
Korang juga akan dapat hadiah-hadiah khas dari mereka semasa ulang tahun, best kan?
2. Boleh dapatkan akses awal & sertai komuniti LBS
Apa yang lebih menarik, ahli LBS Perks & Plusses akan dapat akses awal kepada pelancaran hartanah baru, acara eksklusif, dan tawaran terhad. Jadi, anda berpeluang jadi orang yang terawal tahu!
Program ni juga memberi pengalaman yang lebih personal, dengan ganjaran dan manfaat yang bertambah mengikut perjalanan korang bersama LBS.
3. Rebat & tawaran istimewa
Tak cukup dengan itu? LBS Perks & Plusses juga menawarkan rebat dan tawaran istimewa daripada rakan kongsi terpilih.
Jadi, anda boleh jimat lebih banyak sambil menikmati pelbagai produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi.
4. Keistimewaan pembelian kedua
Dah ada rumah pertama dengan LBS? Bagus! Anda layak untuk rebat tambahan 2% bila beli rumah kedua dengan LBS. Ini adalah peluang terbaik untuk anda tambah pelaburan hartanah dengan keuntungan yang lebih.
Ha…peluang macam ini tak datang selalu tau, jadi ambil langkah sekarang untuk masa depan kewangan yang lebih stabil dan menguntungkan!
5. Komuniti lebih erat dengan acara eksklusif LBS
LBS Perks & Plusses bukan sahaja tentang ganjaran dan diskaun semata-mata, tapi juga tentang membina komuniti yang kukuh antara pemilik rumah LBS. Melalui pelbagai acara eksklusif, bengkel menarik, dan peluang ‘networking’ yang disediakan, korang berpeluang untuk berkenalan dan berkongsi pengalaman dengan pemilik rumah lain.
Bayangkan dapat berkongsi tips dekorasi rumah, idea renovasi, atau sekadar menambah kenalan baru yang mempunyai minat yang sama. Semua ini pastinya menjadikan pengalaman memiliki rumah bersama LBS lebih bermakna dan menyeronokkan!
Bukan itu saja, anda juga boleh Spin & Win! Boleh dapat pelbagai hadiah yang ada!

Wahhh! Kalau nak tahu, melalui permainan ini, anda berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti diskaun eksklusif dan hadiah istimewa. Ini menjadikan penyertaan ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga menguntungkan.
Tapi sebelum nak mula main, anda perlu melengkapkan ‘survey’ di laman web rasmi program ini dulu. Tujuannya adalah untuk membina kesetiaan pelanggan serta mengekalkan hubungan yang erat antara LBS dan ahlinya.
Maklum balas dan pandangan yang diterima akan membantu LBS dalam meneliti tawaran-tawaran masa depan agar lebih sesuai dengan keperluan komuniti.
Tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang ini!
Program LBS Perks & Plusses bukan sekadar memberi ganjaran biasa, tapi ia adalah pengalaman yang akan memuaskan setiap keinginan korang.
Jangan tunggu lagi, sertai program ini sekarang dan mula nikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan! Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi LBS Rewards.

