Latihan industri atau internship bukan sekadar tiket untuk cukupkan syarat grad. Ia sebenarnya peluang emas merasai sendiri dunia kerja, belajar kemahiran baru dan kutip pengalaman sebenar sebelum masuk alam pekerjaan yang sebenar-benarnya.
Jadi, sebelum anda excited nak masuk hari pertama, jom tengok beberapa persediaan penting supaya internship anda smooth dan tak serabut!
Baca juga: 5 Tips Penting Jawab Soalan Temu Duga, Bila Tahu Kuncinya Kurang Rasa ‘Nervous’!
LATIHAN INDUSTRI
1. Kenali syarikat tempat anda praktikal
Sebelum mula lapor diri, jangan malas untuk buat sedikit research. Google info syarikat itu seperti jenis bisnes apa, nilai yang dipegang, projek besar mereka dan siapa klien utama.
Bukan untuk impress orang, tapi supaya kita tak blur masa orientasi nanti. Lagi best, kita akan nampak lebih bersedia dan serius nak belajar!
2. Simpan semua emel dan dokumen
Emel penting jangan dibiarkan tenggelam dalam inbox! Pastikan surat tawaran, info melapor diri, alamat pejabat, nama penyelia semua dah siap simpan dan senang nak akses.
Dokumen penting seperti surat pengesahan universiti, salinan kad pengenalan dan resume. Semua ini elok print siap-siap dan letak dalam satu fail. Senang kalau tiba-tiba diminta.
3. Pakai pakaian yang kena dengan tempat
Kalau boleh, elak jadi bahan gossip ofis pada hari pertama sebab salah dress code. Tanya dulu atau dapatkan info seperti formal ke, semi-formal ke atau boleh casual.
Apa-apa pun, selipar, jeans koyak atau baju ketat tolonglah jangan. First impression itu penting, geng!
Baca juga: Ajarlah Anak Lelaki Pakai Deodoran, Barulah Tak Kena ‘Reject’ Ketika Interview Kerja

Gambar hiasan: senivpetro
4. Rancang perjalanan jangan lambat
Hari pertama paling tak nak jadi, lambat! Rancang laluan siap-siap. Kalau perlu, cuba buat ‘test drive’ atau naik pengangkutan awam ke ofis sebelum hari sebenar.
Boleh agak masa perjalanan, stesen mana nak turun atau jalan mana paling cepat. Guna sahaja aplikasi seperti Google Maps, kan senang?
5. Sedia mental dan emosi
Internship bukan semuanya indah sahaja. Ada masa penat, ada masa stres.
Tapi ini lah peluang nak melatih diri seperti terbuka terima teguran, berani tanya kalau tak faham dan cuba sesuaikan diri dengan suasana kerja.
Ingat, semua yang berlaku adalah pengalaman berharga untuk masa depan.
Kesimpulan
Latihan industri bukan hanya tempoh praktikal semata, tapi ruang untuk kita jadi versi diri yang lebih bersedia untuk dunia sebenar. Jadi, persiapkan diri dan enjoy proses itu!
Sumber: MStar
FT Image: AI

