Euforia Bola 2026
Nur

Islam Larang Tidur Satu Selimut Walau Dengan Kawan & Keluarga, Rapat Tak Bermakna Bebas!

TIDUR SATU SELIMUT

Ada perkara yang kita anggap remeh dalam kehidupan seharian seperti tidur satu selimut, bersentuhan tanpa sengaja, atau bergurau keterlaluan sesama rakan dan ahli keluarga.

Namun dalam Islam, adab dan batas pergaulan bukan sekadar budaya, ia adalah garis panduan untuk menjaga maruah dan kehormatan diri. Apa yang dilihat ‘biasa’ oleh masyarakat, belum tentu selari dengan tuntutan syariat.

Baca juga: Baru Tahu Ini Rupanya Hukum Lelaki Islam Pakai Cincin Di Jari, Jangan Main Sarung Je!

LARANGAN TIDUR SATU SELIMUT ANTARA PASANGAN SEJENIS

TIDUR SATU SELIMUT

Freepik

Rasulullah SAW pernah memberikan peringatan yang sangat jelas:

لاَ يَنْظُرٟ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلاَ المْرأَةُ إِلَى عَوْرَةِ المْرأَةِ وَلاَ يُفْضِي الرَّجُلُ إِلَى الرَّجُلِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ وَلاَ تُفْضِي المْرأَةُ إِلَى المْرأَةِ فِي الثَّوْبِ الوَاحِدِ

Maksudnya: “Tidak boleh bagi seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan tidak boleh bagi seorang perempuan melihat aurat perempuan yang lain. Dan tidak boleh seorang lelaki berbaring bersama lelaki lain dalam satu selimut, begitu juga perempuan dengan perempuan dalam satu selimut yang sama.” (HR Muslim, hadis sahih)

Hadis ini menjadi panduan penting agar kita tidak memandang remeh hal menjaga aurat dan adab walaupun bersama sahabat baik atau adik-beradik.

Malangnya, masyarakat hari ini semakin mengambil mudah tentang perkara sebegini, contohnya di asrama, bilik mandi berkongsi, atau suasana santai seperti di gim dan cuai terhadap adab yang sepatutnya.

Imam Syams al-Haq Al-Azhim Abaadi pula menjelaskan bahawa larangan ini tetap berlaku walaupun ada penghadang atau tidak, jika keduanya tidak berpakaian lengkap. Sesiapa yang melanggarnya boleh dikenakan tindakan takzir, yang tanda seriusnya syariat dalam menjaga kehormatan diri.

Larangan tidur di bawah satu selimut bagi mereka yang sudah mencapai usia mumayyiz bukan semata-mata kerana dibimbangi berlaku dosa besar, tetapi sebagai langkah awal perlindungan yang ditetapkan syariat agar kemudaratan dapat dielakkan sejak awal.

Rasulullah SAW turut menegaskan aspek pendidikan awal anak-anak dengan sabda:

مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعٍ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضاجِعِ

“Suruhlah anak kamu solat ketika mereka berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka (dengan penuh didikan) jika mereka tidak melakukannya pada umur sepuluh tahun, serta pisahkan tempat tidur mereka.”  (HR Abu Dawud, hadis hasan)

Baca juga: Ikhtiar Elak Penyakit Ain Untuk Perniagaan & Diri Sendiri, Bila Dah ‘Terkena’ Memang Sakit!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×