Perlu atau tidak meraikan pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang cemerlang? Entah bagaimana, isu ini boleh ditimbulkan dan menjadi bualan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Di mana, ada pihak yang tidak bersetuju mereka ini diraikan demi menjaga perasaan pelajar yang gagal dan mendapat keputusan rendah ini.
Sebagaimana yang dimaklumkan oleh seorang bekas guru Mohd Fadli Salleh di laman sosialnya malam tadi, terdapat larangan mempamerkan kejayaan pelajar straight A SPM di sekolah pada hari keputusan keluar.
Baca juga: Arab Saudi Iktiraf Malaysia Negara Pertama Di Dunia, Edar Kad Nusuk Kepada Jemaah Haji!
PELAJAR SPM CEMERLANG KINI TAK DIRAIKAN

Hantaran yang dimuat naik Mohd Fadli Salleh pada Rabu, malam.
Beliau yang tidak bersetuju dengan peraturan baru tersebut menyatakan bahawa, pada hari kejadian pelajar hanya dibenarkan mengambil slip keputusan SPM sahaja dan kemudian boleh terus pulang ke rumah tanpa ada apa-apa majlis keraian.
Malah, beliau turut berkongsikan isi hebahan ‘Makluman Berkaitan Hari Penyerahan Slip Keputusan SPM pada 24 April 2024 (Khamis)’ yang diterima melalui aplikasi WhatsApp oleh para pentadbir sekolah menengah di sebuah negeri pada Selasa.
Di mana, di dalam hebahan tersebut ada memaklumkan beberapa arahan dan perkara penting yang telah ditetapkan oleh KPM berkaitan perlaksanaan dan SOP Hari Penyerahan Slip Keputusan Peperiksaan SPM yang mesti diikuti oleh semua sekolah di seluruh negara.
Baca juga: Ibu Kongsi Pengalaman Pas OKU SMILE Buat Anaknya, ‘Travel’ Percuma Semua Pengangkutan Awam!
Berikut merupakan arahan dan SOP yang diterima:


Larangan ini secara tidak langsung, telah menimbulkan kemarahan ibu bapa di ruangan komen.
“Peraturan apa ini? Sangat merapu bila kejayaan dilayan seperti kesalahan. Apa sudah jadi dengan KPM? Nampak seperti orang yang tetapkan peraturan ini dulu masa SPM pernah tersakiti,” tulis Hafiz.
“Mana lah budak nak semangat belajar kalau kejayaan macam ini tak diraikan, yang tak bernasib baik bukannya terus gagal dalam kehidupan. Mungkin kalau yang kurang berjaya dapat rasai dan lihat kejayaan seseorang itu diraikan boleh jadi asbab pedoman buat akan datangkan lebih bagus tu.
“Ramai sahaja yang kurang dalam SPM tapi baik dalam STPM, Diploma atau kemahiran. Setiap orang pasti nak merasai kejayaan juga jika lihat orang lain berjaya,” komen Ahmad.
Baca juga: [TERKINI] Bahasa ASEAN Jadi Mata Pelajaran Elektif Di Sekolah! – Fadhlina Sidek
Kenyataan balas KPM
Lantaran itu, sebaik sahaja isu ini menimbulkan perdebatan hangat di kalangan warga maya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan balas sejam kemudian, pada hari yang sama.
“Majlis pengumuman dan penyerahan slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 boleh diadakan di peringkat sekolah.
“Penganjuran majlis sebegini jika diadakan di peringkat sekolah perlu melibatkan semua calon yang mengambil peperiksaan SPM dan bukan sebahagian kecil calon yang memperoleh keputusan cemerlang sahaja.
“Kementerian Pendidikan (KPM) meraikan semua calon yang telah berkerja keras dan menyumbang kepada prestasi keseluruhan sekolah.
“Pihak sekolah juga boleh membuka reruai yang bersesuaian untuk memberi galakan kepada calon lepasan SPM melanjutkan pengajian dan mendapat maklumat megenai kerjaya masa hadapan.
Selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2024.”

Dari hantaran Facebook KPM.
Baca juga: Universiti Al-Azhar Beri Diskaun RM65,000 Yuran, Khas Buat Pelajar Perubatan Tajaan MARA!
Sumber: Mohd Fadli Salleh / Kementerian Pendidikan Malaysia
FT Image: AI
