Euforia Bola 2026
Rakyat

Sempena Tahun Baharu Cina, Kenderaan Barangan Dilarang Guna Jalan Raya Pada Tarikh-Tarikh Ini!

kenderaan barangan

Berita penting buat pengguna jalan raya apabila kenderaan barangan akan dikenakan larangan pemanduan (road ban) sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan sepanjang musim perayaan.

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan pelaksanaan ini adalah sebahagian daripada Ops Khas Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2026 yang menumpukan aspek keselamatan jalan raya melibatkan kenderaan perkhidmatan awam, motosikal serta aliran trafik utama.

Baca juga: [TERKINI] KPM Umum Pengambilan 20,000 Guru Baharu, Permohonan Dibuka 2 Mac Ini!

TARIKH ROAD BAN KENDERAAN BARANGAN TAHUN BARU CINA 2026

kenderaan barangan

Gambar hiasan: NSTP/AIMAN DANIAL

Orang ramai khususnya pemandu kenderaan barangan perlu ambil perhatian bahawa larangan pemanduan akan dilaksanakan pada tarikh berikut:

  • 14 Februari 2026 (Sabtu) – 15 Februari 2026 (Ahad)
  • 21 Februari 2026 (Sabtu) – 22 Februari 2026 (Ahad)

Semua pengusaha dan pemandu yang terlibat dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh larangan ini.

Baca juga: MyKad Baharu Diperkenal, Ini Cara Kerajaan Jejak Pembelian Minyak Masak Subsidi

Jenis kenderaan barangan yang terlibat dalam larangan

Untuk memudahkan kefahaman, berikut ialah ringkasan kategori kenderaan barangan yang tertakluk kepada road ban sempena perayaan ini:

1. Dilarang Sepanjang Masa

  • Lori berat dengan muatan melebihi 7,500 kg
  • Treler (pelantar, tiang, pengangkut rendah)
  • Lori balak
  • Jentera berat beroda (kecuali operasi kecemasan)
  • Lori pembawa bahan binaan seperti simen, besi, pasir, batu, tanah dan bahan galian

2. Dilarang 8.00 malam – 8.00 pagi

  • Lori kontena membawa barangan (kecuali dari pelabuhan/lapangan terbang ke kawasan perindustrian dalam negeri yang sama)
  • Lori kargo membawa barangan elektronik, elektrik atau bahan kimia industri
  • Lori membawa hasil kelapa sawit, getah sekerap dan susu getah
  • Lori kargo tanpa muatan

3. Dilarang 6.00 petang – 6.00 pagi

  • Kren bergerak
  • Lori pembancuh simen (dalam jarak 25 km dari tapak pembinaan dan tertakluk kepada laluan dibenarkan)

Pengecualian hanya diberikan bagi kerja-kerja kecemasan dan menyelamat seperti yang ditetapkan JPJ.

NASIHAT JPJ KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA

kenderaan barangan

Gambar hiasan: BERNAMA

Selain penguatkuasaan terhadap kenderaan barangan, MOT dan JPJ turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya:

  • Mematuhi peraturan lalu lintas
  • Memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat
  • Merancang perjalanan dengan lebih teratur sepanjang musim perayaan

Sebarang aduan berkaitan kesalahan lalu lintas boleh dibuat melalui Aplikasi MyJPJ di menu eAduan@JPJ atau emel [email protected] .

Maklumat lanjut: https://shorturl.at/Zxblq

Baca juga: JHEAINS Tegas! Larang Guna Istilah ‘Buffet Ramadan’ Jika Tiada Sijil Halal, Elak Pengguna Muslim Keliru

Sumber: Facebook Ministry of Transport Malaysia

FT Image: Berita Harian / BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×