Jika anda seorang guru dan masih belum menebus Baucar Buku Guru MADANI 2025, inilah masanya untuk rebut manfaat ini! Ramai guru seperti Nurul Haiza Zakaria sudah berjaya menebus RM100 baucar buku KPM dan tidak melepaskan peluang tersebut untuk mendapatkan bahan bacaan berkualiti dan bermanfaat.
Inisiatif ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) atas jasa dan dedikasi dalam membentuk masa depan negara. Dengan hanya beberapa langkah mudah, guru layak boleh membeli buku secara dalam talian tanpa perlu keluarkan duit sendiri!
Baca juga: Pilihan Sambung Belajar Lepas SPM Bukan Mudah, Tapi Nasihat Ibu Ini Mungkin Buka Mata Anda
BAUCAR BUKU KPM

Nurul Haiza Zakaria
LANGKAH PENEBUSAN BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025
1. Layari Portal DELIMa
- Pergi ke laman utama DELIMa di https://d2.delima.edu.my/login
- Kemudian klik pautan “TEBUS BAUCAR BUKU GURU MADANI 2025”
2. Daftar Akaun Book Capital
- Log masuk menggunakan DELIMa ID dan daftar di Portal Book Capital
- Baucar bernilai RM100 akan dikreditkan secara automatik kepada akaun guru yang layak
- Tiada DELIMa ID? Hubungi HELPDESK DELIMa di: [email protected]
3. Pilih Buku & Teruskan Pembelian
- Pilih sekurang-kurangnya satu judul daripada senarai “Judul Khas Baucar Buku Guru” yang ditawarkan
Nota: Baucar hanya boleh digunakan sekali sahaja.
4. Bayaran Tambahan Jika Perlu
- Jika jumlah pembelian melebihi RM100, anda boleh bayar selebihnya secara atas talian.
5. Pesanan Dihantar Ke Rumah Anda
- Buku yang dibeli akan dihantar terus ke alamat yang didaftarkan. Mudah dan cepat!
Tarikh akhir penebusan: 30 September 2025
Jangan tunggu lama-lama! Ramai guru sudah manfaatkan insentif ini untuk menambah ilmu dan memperkasa diri.
Anda bila lagi? Kongsi info ini kepada rakan guru lain supaya tiada yang terlepas peluang!
Sumber: Nurul Haiza Zakaria
FT Image: AI
