Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Pakai Plug Bijak Untuk Lampu Liplap Raya, Dari Kampung Boleh Kawal Secara Manual

lampu liplap raya

Setiap kali musim perayaan, kebanyakan orang akan menghiasi rumah mereka dengan lampu liplap raya bagi menambahkan lagi kemeriahan suasana. Namun, yang menjadi kekhuatiran apabila rumah terpaksa bergelap untuk tempoh yang lama dek kerana pulang ke kampung halaman.

Kini, anda tak perlu risau lagi sekiranya menggunakan smart plug yang dicadangkan oleh saudara Najmi Farisham di bawah. Hal ini kerana, anda boleh mengawal ON dan OFF lampu liplap raya rumah dari jauh walau di mana pun anda berada.

Baca juga: Runsing Nak Mula Dari Mana? Ini Tips Bersihkan Rumah Nenek Ikut Turutan, Edisi Khas Raya!

LAMPU LIPLAP RAYA

lampu liplap raya

Gambar: Jenis plug yang dikongsikan Najmi Farisham.

Sebelum ini pasang lampu liplap nak raya, asyik terbabas sahaja lupa nak tutup suis. Kadang-kadang itu bergelap sahaja rumah sebab outstation beberapa hari.

Nak buka tak nak tutup, nanti bahaya pula. Kalau tutup pula, tak ada sesiapa pula nak pasangkan.

Solusi kawal lampu raya bila balik kampung!

Jadi, solusinya saya beli plug ini. Memang sangat senang dan mudah.

Plug ini akan disambungkan dengan wifi rumah. Kita boleh akses dan kawalnya melalui aplikasi telefon bernama Tapo.

Dari aplikasi berkenaan, boleh setkan terus jadual ON dan OFF bagi setiap hari. Bahkan, kita juga boleh kawalnya secara manual sama ada nak buka dan tutup bila.

Baca juga: 7 Penyebab Peti Sejuk Cepat Rosak, No.1 Itu Selalu Orang Buat Tapi Tak Perasan!

Baca juga: Tips Buang Kerak Tebal Kuali ‘Lejen’ Luar & Dalam, Guna Asam Keping Hasilnya Cerah Berkilat!

Bil api mahal ke?

lampu liplap raya

Gambar: “Boleh dapatkan plug ini di sini memang sangat membantu,” – Najmi Farisham

“Habis itu asyik ON sahaja memanjang plug ini, bil api mesti mahal,” ini lontaran paling biasa saya dengar.

Bil api tak banyak mana pun terjejas disebabkan ON plug ini sepanjang masa. Okey sahaja Sama macam kita ON peti sejuk, TV, radio dan lain-lain di rumah.

Saya fikir, kalian kena dapatkan juga plug sebegini. Senang nak uruskan eletrik di rumah. Lagi-lagilah kalau melibatkan lampu.

Tak risau balik kampung lama, rumah tak bergelap sepanjang masa!

Kadang-kadang kita balik kampung berhari-hari. Jadi, bolehlah kawal lampu di rumah dengan menyalakannya dan memadamkannya ikut suka hati kita.

Kalau asyik bergelap ja, tak senang hati juga, kan? Paling kurang, biarlah orang ingat rumah itu ada penghuninya.

Lebih canggih, kita boleh bagi arahan secara suara melalui aplikasi berkenaan. Memang menarik.

Bagi pengguna Samsung, kalian boleh linkkan Tapo dengan Smart Things. Senang bila semua device boleh dikumpulkan sekali dalam satu aplikasi.

Begitulah.

Najmi Farisham, benda bagus kita kongsi.

Baca juga: DIY Kusyen Kerusi Kayu Guna Balutan Ini, Bila Kotor Tinggal Lap Sahaja Semudah 123!

Sumber: Najmi Farisham

FT Image: Najmi Farisham / Uniklist

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×