Euforia Bola 2026
Nur

Bila Lalat Jatuh Dalam Air Minuman, Tak Perlu Buang! Tenggelamkan Dulu Macam Cara Nabi Ajar Ini…

LALAT JATUH DALAM AIR

Kadangkala ketika sedang makan atau minum, anda mungkin berdepan situasi yang kurang menyenangkan apabila seekor lalat jatuh dalam air atau makanan. Ramai yang terus membuang makanan tersebut kerana berasa geli atau bimbang tentang kebersihan.

Baca juga: Tabiat Minum Kopi Hampir Setiap Hari Undang Padah! Wanita 28 Tahun Alami Lumpuh Separuh Badan…

LALAT JATUH DALAM AIR ATAU MAKANAN, JANGAN TERUS BUANG

LALAT JATUH DALAM AIR

Kredit: Threads

Namun sebenarnya, dalam ajaran Islam terdapat panduan tertentu tentang bagaimana menghadapi situasi ini. Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, yang menjelaskan tentang perkara tersebut.

Maksudnya:

“Jika seekor lalat jatuh ke dalam bekas minuman salah seorang daripada kamu, maka tenggelamkanlah ia keseluruhannya, kemudian buanglah, kerana pada salah satu sayapnya ada penyakit dan pada sayap yang satu lagi ada penawarnya.” — Riwayat Imam al-Bukhari

Berdasarkan hadis ini, Rasulullah SAW menganjurkan supaya lalat yang jatuh ke dalam minuman ditenggelamkan terlebih dahulu sebelum dibuang.

Ulama menjelaskan bahawa hikmah di sebalik perbuatan tersebut adalah kerana lalat dikatakan membawa dua unsur yang berbeza pada sayapnya di mana satu boleh membawa penyakit dan satu lagi boleh menjadi penawar.

LALAT JATUH DALAM AIR

Apabila lalat itu ditenggelamkan sepenuhnya, kedua-dua sayapnya akan terkena pada air atau minuman tersebut.

Situasi lalat jatuh ke dalam minuman mungkin kelihatan remeh, namun Islam sebenarnya telah memberikan panduan yang jelas tentang cara menghadapinya. Pada masa sama, setiap individu juga boleh membuat pilihan yang dirasakan paling sesuai dari segi kebersihan dan keselesaan diri.

Apa yang penting, menjaga kebersihan makanan dan persekitaran tetap menjadi langkah utama untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Adik Usia 13 Tahun Ada Tabiat Pelik! Suka Pakai Lampin Dan Rasa Gembira.. “Dia Tak Ada Autisme Pun…”

Sumber: Nurulnina_syafiqa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×